KTM telah mengumumkan tambang baru Komuter mulai 2 Disember 2015, melibatkan perjalanan dalam ibukota. Menerusi tambang baru KTM Komuter yang telah mendapat kelulusan dari SPAD pada September 2015, ia memperlihatkan kenaikan daripada 11 sen untuk satu kilometer kepada 15 sen sekilometer.

Kenaikan tambang komuter sebanyak 4 sen sekilometer ini walaubagaimanapun hanya melibatkan perjalanan komuter dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Tambang Baru KTM Komuter Mulai 2 Disember 2015

Kadar Tambang Baru KTM Komuter Mulai Disember 2015
Sebelum ini, pihak Prasarana Malaysia juga ada mengumumkan akan struktur harga tambang baru bagi semua perkhidmatan LRT dan KL Monorel bermula 2 Disember 2015. Difahamkan tambang baru bagi perkhidmatan rel di ibukota akan memanfaatkan pengguna untuk perjalanan jauh.

Pihak KTM memberitahu, kenaikan ini perlu memandangkan kos operasi yang semakin meningkat termasuklah juga kos tarif elektrik serta alat-alat ganti. Walaupun KTM menaikkan harga tambang sehingga 4 sen sekilometer, ia masih lagi dalam kerugian memandangkan kos operasi bagi setiap penumpang adalah sebanyak 20 sen sekilometer.

Jadual Harga Tambang Baru KTM Komuter

Berikut adalah harga tambang baru KTM Komuter mulai Disember 2015, melibatkan dua laluan iaitu:
  • Sungai Gadut - Rawang - Sungai Gadut
  • Pelabuhan Klang - Batu Caves - Pelabuhan Klang
Jadual Harga Tambang Baru KTM Komuter
Potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kredit: MalaysiaKini

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

pertambahan kos le nampaknya sape yang ulang alik naik komuter pegi keje

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.