Langkau ke kandungan utama

Semak Keputusan UPSR 2015 Menerusi SMS

Semak keputusan UPSR 2015 menerusi SMS. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa keputusan peperiksaan UPSR untuk tahun 2015 akan dikeluarkan pada 17 November 2015 bersamaan hari Selasa.

Dalam kenyataan itu lagi, pihak Kementerian ada memberitahu cara untuk mendapatkan serta menyemak keputusan peperiksaan UPSR 2015.

Semak Keputusan UPSR 2015 Menerusi SMS

Cara Semak Keputusan UPSR 2015 Menerusi SMS

Cara Ketahui Result UPSR 2015 Menerusi SMS

Keputusan peperiksaan UPSR untuk calon-calon 2015 akan boleh diperoleh samada menerusi sekolah atau menggunakan perkhidmatan SMS mulai jam 10 pagi pada hari tersebut. Untuk menyemak keputusan UPSR 2015 menerusi SMS, anda bolehlah ikuti panduan di bawah ini.
Cara Semak dan Ketahui Keputusan UPSR 2015 Menerusi SMS
Adalah diingatkan kepada para ibu bapa mahupun calon UPSR 2015 bahawa perkhidmatan ini dikenakan caj, dan mungkin akan alami sedikit kelewatan untuk menerima balasan. Jadi, pastikan anda hanya hantar SMS sekali sahaja bagi mengelakkan anda panas hati bila dapat bil telefon atau lihat kredit telefon banyak habis kerana menggunakan sistem SMS untuk semak result UPSR ini.

Gunakan sistem SMS 15888 untuk semak keputusan peperiksaan pada tempoh masa dan tarikh ditetapkan sahaja.

Semakan menerusi SMS 15888 untuk ketahui result UPSR 2015 ini hanya tersedia untuk telco Celcom, Maxis, Digi, U Mobile dan Tune Talk. Jadi, jangan marah-marah ye kalau guna servis ni jika anda menggunakan perkhidmatan selain daripada dinyatakan...hoho.

Dan semoga dan selamat berjaya buat semua calon UPSR 2015.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…