Renew Lesen SSM di BSN

Nasib baik saya teringat, kalau tidak sejarah mungkin berulang. Tahun ni, saya sudah tandakan setiap bulan Oktober setiap tahun mesti kena renew lesen nama perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya baru sahaja daftar SSM untuk syarikat baru (online) pada Oktober 2014. Ketika itu, saya ingatkan penggiat bisnes online mahupun internet marketer seperti saya tertakluk sepenuhnya dengan syarat GST, tetapi rupanya tidak.

Anda boleh cari post saya mengenai cara renew lesen SSM dan informasi mengenai daftar nama perniagaan khususnya untuk bisnes online. Ada beberapa info yang perlu anda baca mengenai kebaikan daftar SSM ini untuk perniagaan online ini.
Renew Lesen SSM di BSN

Renew Lesen SSM di BSN

Sebelum ini, saya telahpun mendaftarkan sebuah syarikat di SSM. Saya membuat pendaftaran secara online SSM. Disebabkan agak rumit saya nak renew secara online, akhirnya saya terlupa sehingga akhirnya saya ambil keputusan untuk wujud dan daftarkan nama perniagaan yang lain. Haha .. masa tu memang saya gugup sikit apabila dapat tahu mengenai GST ni.

[Baca] Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Untuk tahun 2015, saya ambil keputusan untuk membuat renew lesen perniagaan SSM menggunakan servis yang disediakan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Wahh .. serius ini adalah cara paling mudah dan pantas buat diri saya. Sebelum ini, saya cuma tahu bahawa renew lesen SSM adalah menerusi dua cara iaitu di kaunter SSM dan juga secara online.

3 Cara Untuk Perbaharui Lesen SSM

Rupanya terdapat 3 cara untuk perbaharui lesen perniagaan SSM iaitu:
  1. Kaunter di mana-mana cawangan SSM.
  2. Perbaharui lesen SSM secara online.
  3. Perbaharui lesen SSM di BSN.
Dan daripada pengalaman saya, memperbaharui lesen di BSN adalah yang paling mudah, cepat dan menjimatkan memandangkan cawangan SSM terdekat dengan tempat saya agak jauh, terpaksa keluarkan duit minyak serta tol.
Cara Renew Lesen SSM di BSN

Langkah Untuk Perbaharui Lesen SSM di BSN

Maka, dalam post ini, saya nak kongsikan sedikit mengenai cara-cara nak renew lesen perniagaan SSM menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).
  1. Muat turun borang untuk renew lesen perniagaan (borang A) di laman web SSM atau dapatkan ia secara percuma di kaunter BSN.
  2. Isi borang perbaharui lesen nama perniagaan dan lengkapkan segala butiran yang perlu.
  3. Bawa kad pengenalan serta serahkan borang tersebut di kaunter BSN.
  4. Buat bayaran yang diminta.
  5. Satu penyata perakuan pembaharuan pendaftaran nama perniagaan akan diberikan.
Renew Lesen SSM di BSN
Selesai.

Mudah bukan? Saya hanya ambil masa kurang 30 minit sahaja untuk selesai semua proses ini - memandangkan kaunter BSN ketika itu agak lengang.

Oh, butiran yang perlu diisikan di dalam borang pembaharuan lesen SSM di BSN adalah butiran yang ada dalam sijil atau borang perakuan pendaftaran nama perniagaan anda (seperti di atas). Jadi, eloklah bawa untuk rujukan bagi mudahkan anda untuk isi borang A (borang pembaharuan nama perniagaan SSM).

Saya syorkan anda membuat pembaharuan seminggu sebelum tamat tempoh nama perniagaan anda, dan ketika di luar waktu puncak urusan BSN - ketika waktu lunch hour, bukan hujung bulan dan bukan ketika akhir tahun.

Semoga post ini bermanfaat untuk sesiapa yang mungkin nak tahu cara nak perbaharui atau renew lesen SSM secara mudah dan cepat.

{ 7 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta November 09, 2015
Melindungi perniagaan secara online kan HH..
acik watie acik watie November 09, 2015
saya baru je renew lesen SSM..bulan oktober tarikh mati tapi lupa..nsib baik tak mahal dendanya
si bongkok si bongkok November 09, 2015
Wah gah betul nama nya hh seo consultant...xbleh cari makan laa pakar2 seo malaysia yang lain cenggini.. :D
ena ena November 09, 2015
ala..ena nya dah expired dh..
Syazwani Mazlan Syazwani Mazlan November 09, 2015
kalau setahun expired, denda banyak mana?
Ruzana Ibs Ruzana Ibs November 10, 2015
Baru ni saya tertanya-tanya jugak, kat mana nak renew lesen ssm ni kat kuching sebab ssm sana tak cater utk enterprise, hanya utk sdn bhd/bhd.. rupanya kat bsn boleh ye. TQ for the info.
~Budak Merah~ ~Budak Merah~ February 02, 2016
Tarikh tamat 5/1/16. Sy teringat nak renew 6/1, haha. Bila baca2 kat web rasanya, tak blh renew bila dah expired. So biar je... cadang nak daftar yg baru. Tapi skrg dah x blh online. Nak tak nak, kena g ssm jugak. Pastu jumpa, kalau nak renew pon blh, asalkan x lebih setahun. Haa, skrg baru nak terkial2 g bsn..hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.