Satu lagi kontest untuk blogger Malaysia. Kontest SEO - Pengalaman Bersama ONEXOX merupakan kontest eksklusif yang terhad kepada 100 orang blogger bertuah. Hadiah utama yang ditawarkan untuk kontest SEO ini amat lumayan iaitu wang tunai sebanyak RM1000.

Ramai blogger hebat dalam teknik SEO ambil bahagian dalam kontest ini yang dianjurkan oleh rakan blogger saya yang tidak jemu-jemu memberikan yang terbaik untuk dunia blog Malaysia iaitu saudara Muhamad Anuar Marsib, iaitu penulis dan pemilik blog Coretananuar.com. Kalau tak silap, ini merupakan kontest kali keempat yang dianjurkan oleh beliau. Dan saya pernah menang antara kontest SEO yang dianjurkan - Menang Kontest SEO Buat Kali Kelima

Contest SEO 2015 - Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX
Walaupun hadiah lumayan ditawarkan untuk para blogger dalam kontest ini, saya ambil keputusan untuk tidak menyertainya. Saya fikir ... elok kontest SEO kali ini saya berikan laluan untuk blogger lain terutama sekali blogger baru yang sedang berjinak-jinak dengan penulisan teknik SEO dalam blog.

Fokus Untuk Memang Contest Review Lynk.my 2015

Lagipun, saya mahu menumpukan kepada satu lagi kontest untuk blogger yang juga memberikan hadiah yang agak lumayan iaitu Contest Review Lynk.my 2015. Saya target untuk berjaya dalam kontest tersebut .. huhuhu...  jika tidak berjaya dalam kategori Top Creative (RM1,000), saya boleh berharap untuk menang dalam kategori TopLynkUndi (RM500) atau mungkin Top SEO (RM500). Jika berjaya menang semua kategori ... uhh boleh dianggap terima durian runtuh sebanyak RM2,000!

Kontest SEO - Pengalaman Bersama ONEXOX Coret Kisah Jujur Ikhlas

Untuk kontest SEO - Pengalaman Bersama ONEXOX ini; saya dapati ia merupakan sebuah kontest yang sangat kritikal di mana peserta atau blogger yang bertanding perlu menulis sebuah entri jujur dan ikhlas mengenai pengalaman menggunakan servis ONEXOX.

Selain itu, kontest ini juga memberikan peluang kepada peserta untuk menjana income sampingan menerusi ONEXOX, di mana setiap peserta akan menerima satu simkad prepaid ONEXOX secara percuma, begitu juga dengan penaja kontest ini.

ONEXOX merupakan satu lagi Telco baru yang sedang mendapat tempat di kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia. Ia menawarkan satu pakej yang agak berlainan dengan mana-mana Telco yang lain, selain memberikan peluang untuk menjana income sampingan yang lumayan.
Pengalaman Bersama ONEXOX

Bisnes Prepaid Terbukti Menguntungkan

Sejak dari tahun 90an lagi, bisnes top up atau tambah nilai prepaid merupakan satu bisnes yang sangat menguntungkan. Saya sendiri pernah terlibat dengan satu produk dinamakan Prepaid MyMode yang menjual prepaid top up untuk semua Telco sekitar tahun 2008-2010, dan alhamdulillah, dapat jugalah beberapa komisen yang agak lumayan.

Mungkin akan ada yang nak membandingkan ONEXOX dengan TONE EXCEL. Itu terpulang ... masing-masing boleh fikir sendiri akan kelebihan dan kekurangan.

Cuma saya nak beritahu bahawa bisnes ini memang menguntungkan apatah lagi untuk jangkamasa panjang. Jika anda yakin kekuatan syarikat untuk kekal bersaing, maka in Sha Allah .... bisnes seperti ini boleh memberikan pulangan yang agak baik, yang seterusnya membantu anda dalam menambah pendapatan bulanan.
Pengalaman Bersama ONEXOX
Dalam kontest SEO - Pengalaman Bersama ONEXOX ini, saya dapati pihak penganjur tidak menyekat idea untuk memberikan para peserta kebebasan bagi menulis apa sahaja mengenai ONEXOX, walaupun mungkin ada 'kecacatan' dari segi pelan pemasaran mahupun cara ia mempromosikan produk.

Menerusi kontest ini, semua orang akan aware mengenai kelebihan dan keburukan yang ada pada ONEXOX. Selain memberikan lebih maklumat, ia sebenarnya satu teknik penjenamaan dan juga promosi yang sangat berkesan menerusi media alternatif yang keupayaannya adalah tanpa sempadan ini.

Semoga berjaya kepada semua peserta yang bertanding di dalam kontest ini. Dan terima kasih serta tahniah kepada rakan blogger Muhamad Anuar Marsib yang tanpa jemu memberikan peluang kepada blogger Malaysia merasai 'nikmat' menulis blog .. hoho...



18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SEO contest OneXOX ini insyaallah saya boleh join. Ada sedikit pengalaman dengan OneXOX. Memang jimat untuk orang macam saya. :-)

    BalasPadam
  2. Insha allah . Tuan Hasrul ada harapan memang dalam contest review yang dianjurkan oleh Lynk.my. Semoga berjaya ya tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, mudah-mudahan ada rezeki Allah nak berikan pada saya.

      Padam
  3. good luck bro. kalau rajin, esok sy join :D

    BalasPadam
  4. Kalau tak silap saya contest onexox ni ada tiga peringkat..dan untuk tulis review jujur ni merupakan fasa ke tiga dalam kontest tu..jadinye macam dah terlambat kot nak join sekrang huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh join selagi SIMKAD PERCUMA masih ada lagi...

      Padam
  5. rasanya ada lg ketinggalan dalm kontest tu..senarai penaja xletak..sharing is caring
    all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum ketinggalan lagi... Masih boleh join selagi SIMKAD PERCUMA masih ada lagi...

      Padam
  6. Terima kasih bro kerana sudi tolong promote contest SEO yang saya anjurkan... Walaupun bro tak berniat nak join contest ni, tapi sekarang ni di enjin carian google, blog bro dah berada di rank ke 4....

    BalasPadam
  7. Blog xcukup umur nak sertai...
    Selamat dan semoga berjaya kepada semua peserta contest onexox.

    BalasPadam
  8. Wah bro HH pun buat artikel berkaitan Pengalaman Bersama ONEXOX juga. Ada peluang untuk berada di page 1 dan top 1. Satu tindakan yang betul daripada bro HH.

    BalasPadam
  9. Wah bro HH pun buat artikel berkaitan Pengalaman Bersama ONEXOX juga. Ada peluang untuk berada di page 1 dan top 1. Satu tindakan yang betul daripada bro HH.

    BalasPadam
  10. Walaupun tak join tetapi sekurang-kurangnya berada di ledudukan terbaik di SERP.

    BalasPadam
  11. Contest Review lynk.my 2015 dah nak tamat. Moga ada peluang untuk berjaya.

    BalasPadam
  12. Lega rasanya Tuan Hasrul Hassan bagi peluang kepada blogger lain. Maka peluang rakan-rakan lain makin besar untuk berjaya dalam contest SEO "Pengalaman Bersama ONEXOX".

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam
  13. dah nak hampir tamat pun kontest ni...nampaknya memang bro tak nak join contes ni..hu3...semoga berjaya kepada semua peserta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement