29 November 2015

Kutipan Elektronik 10 Plaza Tol Bermula Januari 2016

Mulai 13 Januari 2016, 10 plaza tol sekitar Lembah Klang akan menggunakan sistem kutipan elektronik sepenuhnya. Jadi, buat rakan-rakan yang berada di Lembah Klang dan menggunakan plaza tol berkaitan, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan kad Touch n Go atau Plusmiles agar tidak hadapi kesulitan kelak.

10 plaza tol yang terbabit adalah merupakan plaza tol dalam Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Grand Saga dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Pengumumannya mengenai kutipan elektronik sepenuhnya di 10 plaza tol tersebut telah dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Kutipan Elektronik 10 Plaza Tol Bermula Januari 2016

Senarai 10 Plaza Tol Menggunakan Kutipan Elektronik Bermula 13 Januari 2016

Senarai 10 plaza tol tersebut adalah seperti berikut:
  1. Plaza Tol Salak Selatan
  2. Plaza Tol Putrajaya
  3. Plaza Tol Seri Kembangan.
  4. Plaza Tol PJS2
  5. Plaza Tol PJS5
  6. Plaza Tol Pantai Dalam
  7. Plaza Tol Batu 9
  8. Plaza Tol Batu 11
  9. Plaza Tol Seri Muda
  10. Plaza Tol Alam Impian
Semoga maklumat ini membolehkan anda semua membuat persediaan sepatutnya. Jangan sampai kena hon pulak nanti pada 13 Januari 2016 .. uhh malu ooo ..

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen

Asalam Sifu HH..wah informasi mesra masyarakat..tahnia ..tol kat sana memang ada banyak kan...

saya takde pun kad2 tu. tiada keperluan lag setakat ni. tapi kawan saya buat dengan mykad.

sifu HH, yang ke Seri Kembangan tu memang dah dilaksanakan dah sekarang ni.. teman dah terkena hari tu.. tapi bukan teman sorang kena.. ramai yang kena jugak.. sebab semuanya tak tahu kot.. kami ingat lotong TUNAI masih ada.. tapi tiba2 penjaga Tol kata pakai kad Touch n Go lak..

sifu.. mohon izin nak share entri ni ye.. nanti teman bagi backlink nya..


EmoticonEmoticon