3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB. Ada yang email kepada saya mahu tahu mengenai ciri-ciri dan kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB, memandangkan saya sering mempromosikan program perumahan ini untuk kemudahan rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan, saya bukanlah agen kepada program perumahan rakyat SPNB. Saya cuma menyalurkan dan menyebarkan maklumat dalam pengetahuan agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek yang mendapat kejayaan dan mendapat sambutan ialah Rumah Mesra Rakyat, dan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu dari cabang projek SPNB.

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
Program RMR1M adalah program projek nasional untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan dan mendirikan rumah sendiri. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan terutama yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Projek RMR1M bawah SPNB menawarkan 3 kategori atau jenis rumah mengikut keluasan. Harga rumah pula bermula dari RM45,000 sehingga RM65,000 dengan diberikan subsidi kerajaan pada kadar 2% daripada faedah pinjaman perumahan.
[Baca] Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
Kategori rumah paling selesa ialah pada keluasan 1,000kps dengan harga maksima RM65,000 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Untuk info, program ini juga diadakan secara berkelompok (RMR1M Berkelompok) di kawasan-kawasan ADUN tertentu.

Kategori 1 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 1000 Kaki Persegi

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 1

Kategori 2 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 850 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 2

Kategori 3 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 700 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 3

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Untuk memohon skim perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah kendalian SPNB, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat am di bawah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Pemohon mesti tuan punya tanah dan/atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan keatasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi kawasan pulau
* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) 

Jika anda perasan, syarat di atas telah dipinda daripada syarat asal permohonan terutama untuk syarat pemilikan tanah. Sebelum ini, syarat agak ketat kerana hanya pemilik tanah sahaja boleh memohon projek atau skim RMR1M.
[Ads] Kerja sampingan dan sambilan, lakukan hanya di depan komputer. Klik pautan ini untuk akses kepada ribuan kerja online yang bayar USD untuk setiap kerja. Minima - SPM.
Sehingga entri ini ditulis, sebanyak 34,043 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina oleh SPNB di seluruh Malaysia - termasuklah yang telah diduduki oleh pemohon.
Jumlah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB Seluruh Malaysia

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan skim atau projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Wakil Rakyat atau ADUN di kawasan masing-masing. Borang lengkap perlu dimajukan dan diserahkan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB berdekatan.

Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Berikut adalah beberapa contoh rumah mesra rakyat yang telah siap dan diduduki untuk tahun 2015.
Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M
Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Untuk maklumat terkini dan lanjut, anda boleh semak di laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat:
Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB


{ 12 comments.. read them below or add one }

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue November 19, 2015
Adik saya pun ada memohon rumah mesra rakyat ni tapi belum tahu keputusan lagi...lama juga ya nak tahu keputusannya
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 20, 2015
Setiap kawasan Adun ada kuota dia ... kena lihat juga dari segi proses lain terutama pinjaman bank
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 20, 2015
Memang nampak luas dan selesa ....:)
Unknown Unknown January 21, 2016
Saya ade tanah , tapi macam mane nak mohon..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 21, 2016
Ada disediakan pautan atau link dalam artikel di atas untuk cara-cara memohon.
Bella Huda Bella Huda January 21, 2016
Saya ade tanah , tapi macam mane nak mohon..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 21, 2016
Saya ada berikan link dalam artikel di atas - cara nak mohon. klik link tersebut.
Unknown Unknown March 11, 2016
Saya seorang yang bujang dan tanggung ayah dan adik saya.. Tetapi ada tanah atas nama arwah mak dan sepupunya.. Saya telah ada borang tp belum di isi.. Tolong admin rumah saya memang sudah usang tolong kami.. Ayah saya perlukan tempat teduh yang selesa.. Tp saya tidak mampu.. Bergaji rm1100 sbln.. Saya duduk di selangor.. Tolong kami yg daif ni
Noorazima Matsom Noorazima Matsom March 11, 2016
Saya nak mohon. Saya bujang dan tanggung ayah n adik. De tanah. Rumah dah usang
malik malik March 31, 2016
klau rumah kawan banjir mcmne ye?blh ke nk buat tinggi?tq

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.