Cara Kira Kadar Tambang Komuter Terkini 2015. Tahun 2015 adalah tahun di mana kebanyakkan produk dan servis mengalami kenaikan harga. Susulan pengenalan GST oleh kerajaan, banyak produk dan barangan yang pada awalnya dijangka turun telah naik berikutan kos yang tidak dijangka, terutama disebabkan oleh penurunan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika.

Berikutan itu, pihak KTM juga telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bagi perkhidmatan relnya terutama sekali servis perkhidmatan komuter.

Saya sebelum ini, ada tunjukkan secara am mengenai kadar tambang baru KTM Komuter yang akan dilaksanakan mulai 2 Disember 2015. Kali ini, saya akan tunjukkan cara kira kadar tambang komuter rasmi terkini daripada KTM termasuklah beberapa keistimewaan yang diberikan untuk golongan tertentu.

Cara Kira Kadar Tambang Komuter Terkini 2015

Cara Kira Kadar Tambang Komuter Terkini 2015
Kadar tambang komuter terkini mulai 2 Disember 2015 memperlihatkan pihak KTM mengenakan kadar tambang berdasarkan per kilometer bersama dengan kada tambang flag fall (kemasukan) beserta ICPS. Cara pengiraan kadar tambang baru ini diperkenalkan oleh pihak SPAD.

Formula pengiraan tambang baharu ini adalah seperti berikut:

Tambang = Tambang Asas (per kilometer) x jarak perjalanan + caj tambahan (Flag Fall + ICPS)

Contoh adalah seperti berikut:

KL Sentral ke Mid Valley = (RM0.306 x 2.25km) + RM0.70 + RM0.20 = RM1.59 (RM1.60)

Sebagai tambahan, info berikut juga perlu anda maklum untuk lebih faham mengenai struktur baru tambang terkini KTM Komuter 2015 ini.
  • Pengiraan tambang akan dibuat dengan menggenapkan 10 sen  terhampir.
  • Diskaun 20 peratus untuk pembayaran tambang tunai dengan menggunakan kad tanpa tunai (cashless).
  • Diskaun dari 9 peratus hingga 24 peratus untuk tambang tiket tunai mengikut jarak untuk tiket mingguan.
  • Diskaun dari 9 peratus hingga 33 peratus untuk tambang tiket tunai mengikut jarak untuk tiket bulanan.
  • Diskaun sebanyak 50% ke atas jumlah tambang penuh yang dibayar tunai untuk kanak-kanak berumur 2-6 tahun. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah dikecualikan daripada membayar tambang.
  • Diskaun sebanyak 50% untuk golongan pelajar termasuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej dan pelajar IPT dengan kad pelajar yang sah, warga emas dan OKU.
Semoga info ini bermanfaat dan dapat beri gambaran jelas kenapa dan mengapa serta bagaimana kadar tambang terkini KTM Komuter mulai 2 Disember 2015 dikira mengikut ketetapan dan formula yang disahkan oleh pihak SPAD.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

6 Komen

good sharing... info yg berguna..")

Reply

Kena kira dh ni..

Walaupun lama xnaik ktm..

Reply

Saya boleh terima "kenapa" dinaikkan. Tapi dengan semua kenaikkan mendadak semenjak April 1 yang lepas, kita tak diberi masa yang cukup untuk absorb impak kenaikkan kos hidup, terutamanya yang kelas tengah, apatah lagi yang miskin.

Ni kalau tol jalan untuk yang bawak kete dah dinaikkan, tambah pulak pengankutan awam dinaikkan skali, mana perginya duit gaji ujung bulan nanti?

apa apa pun, terima kasih kerana berkongsi. :)

Reply

info yang berguna, semoga rakyat bertabah

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.