Pihak Prasarana Malaysia yang mengendalikan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL, telah umumkan struktur kadar tambang yang baru berkuat kuasa 2 Disember ini. Menerusi struktur tambang baru LRT dan Monorel, pengguna akan merasai samada kenaikan atau penurunan tambang untuk destinasi tertentu. Malah, ada kadar tambang tersebut tidak alami apa-apa perbezaan.

Untuk masa sekarang, kadar tambang yang dikenakan untuk ketiga-tiga perkhidmatan rail oleh Prasarana menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Maka, untuk kadar tambang yang lebih adil, pihak Prasarana memperkenalkan struktur baru kadar tambang yang diselaraskan untuk semua perhidmatan rail, iaitu berlandaskan kepada jarak perjalanan.

Struktur Kadar Tambang Baru LRT dan KL Monorel Mulai 2 Disember 2015

Kadar Tambang Baru LRT Monorel Disember 2015
Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau 'flag fall' ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang dikenakan ini akan berkurangan apabila jarak perjalanan semakin jauh.

Tambang LRT dan KL Monorel Dengan Lebih Penjimatan

Untuk lebih penjimatan menerusi kadar tambang baru ini, pengguna dan para penumpang disarankan unuk menggunakan mekanisma pembayaran tanpa tunai (cashless). Penumpang yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai atau 'cashless' ini akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.

Diskaun kadar tambang akan diberikan khas untuk pengguna-pengguna berikut:

MyRapid Smart 7 Mingguan

  • 18% - 26 % diskaun untuk kadar perjalanan berdasarkan jarak.
  • Baki boleh bawa ke hadapan.
  • RM2.50 satu kad.

MyRapid Smart 30 Bulanan

  • 20% - 35% diskaun untuk kadar perjalanan berdasarkan jarak.
  • RM10.00 satu kad.
  • Baki boleh bawa ke hadapan.
Kedua-dua kad ini akan mula dijual mulai 15 November 2015 di semua Pejabat Perkhidmatan Pelanggan RapidKL di stesen-stesen LRT dan Monorel KL.

Diskaun 50%

Menerusi kadar tambang baru LRT dan Monorel mulai Disember 2015; warga emas, pelajar dan golongan OKU akan terus menikmati diskaun tambang sebanyak 50% daripada kadar tunai tambang.

Pengguna akan mengetahui kadar tambang baru LRT dan Monorel ini sebaik sahaja penyelarasan dilakukan, termasuklah juga kadar tambang untuk 12 stesen baru LRT Laluan Ampang yang telah mula beroperasi 31 Oktober 2015.
Tambang Percuma Sebulan LRT Sri Petaling - Kinrara BK5
Untuk kadar tambang semasa, anda boleh rujuk dan muat turun menerusi pautan ini - Kadar Tambang LRT dan Monorel - MyRapid


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

Terima kasih kongsi inf..bersiap sedia..

Reply

Jika tambang naik, harap kualiti perkhidmatan juga ditambah baik

Reply

sikit sikit semua naik, tapi hopefully lrt makin OK bila tmbang naik ni. Sebab tahun ni banyak betul kejadian. yg paling sedih time bulan pose ritu laa

Reply

huhu sedih macam-macam naik harga..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.