Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam Mulai November 2015

Wah untungnya mereka yang bekerja di sektor awam (kerajaan), ada penambahbaikkan dari segi pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Imbuhan Tetap Perumahan bagi kakitangan awam telah dikemaskini dengan melaksanakan peraturan baru.

Menerusi peraturan baru pemberian ITP kepada kakitangan awam, kadar terendah baru telah ditetapkan pada kadar RM300 sebulan. Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan elaun khas ITP ini untuk kakitangan awam yang mendiami kuarters.

Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam Mulai November 2015

Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam Mulai November 2015
Perlaksanaan peraturan baru ITP ini memberikan manfaat khusus untuk penjawat awam dari gred 42 dan ke bawah, selain penjawat awam yang mendiami kuarters kerajaan. Ia memperlihatkan kadar minimum ITP dari RM180 sebulan dan RM250 sebulan menjadi RM300 sebulan.
ITP Baru Untuk Kakitangan Awam Gred 42 Ke Bawah
ITP Bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba
Mulai 1 November 2015, ITP juga diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang mendiami kuarters pada kadar 25% daripada kadar kelayakan pegawai tersebut, dengan beberapa syarat tertentu yang telah ditetapkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015 Berkaitan Kadar Baru ITP

Untuk info lengkap serta syarat tertentu berkaitan pemberian ITP baru mulai 1 November 2015 ini, anda boleh rujuk dan baca Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015 yang saya kongsikan di bawah ini.




{ 7 comments.. read them below or add one }

Cik Tie Cik Tie November 13, 2015
Alhamdulilllah..rezeki hujung tahun ciktie
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 13, 2015
Seronok kerja sebagai penjawat awam ni .. macam-macam kerajaan berikan ... :) tahniah tahniah
Rossa Calla Rossa Calla November 13, 2015
Semoga kenaikan ITP ini dapat membantu kakitangan awam dalam menghadapi kehidupan masa kini yang serba naik ini
AnonymousAnonymous November 14, 2015
Sudah beberapa kali kaki tangan bukan siswazah dapat kenaikan. Bagaimana pula dengan kaki tangan siswazah? Lama-lama nanti gaji mereka pun sama dengan kaki tangan siswazah!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.