Ikhtiar Alternatif Rawatan Kanser Herba Pak Long

Kanser. Mungkin ramai yang mencari ikhtiar rawatan alternatif untuk penyakit kanser. Ia bukan satu penyakit baru, malah ramai yang telah mengetahui secara am mengenai kanser. Ada banyak jenis penyakit kanser, dan saya boleh katakan .. ia satu penyakit yang akan beri kesan dari segi fizikal dan juga mental, yang sebenarnya memberi kesan lebih teruk daripada satu kematian.

Arwah ibu mertua saya meninggal dunia kerana kanser. Saya juga ada kawan dan rakan yang juga telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit kanser. Kisah sedih ini pernah saya selit dalam beberapa entri lama, malah saya ada kongsikan beberapa kisah rakan blogger yang menderita kerana kanser ini. Mereka pula bukan blogger biasa-biasa, tetapi blogger yang punya nama, dan cekal serta tabah dalam melawan bahana penyakit ini.

Ikhtiar Alternatif Rawatan Kanser Herba Pak Long

Setiap penyakit ada ubatnya. Jika tidak berjaya dengan rawatan moden, mengapa tidak menggunakan ikhtiar rawatan alternatif untuk merawat penyakit kanser?
Ikhtiar Alternatif Rawatan Kanser Herba Pak Long
Mungkin ada doktor, farmasi, mahupun jururawat yang tidak berapa yakin dengan perubatan alternatif, tetapi ini tidak boleh menidakkan bahawa Allah S.W.T menjadikan setiap makhluk itu ada manfaatnya pada manusia. Cuma kita, sebagai makhluk yang punyai akal mesti memikirkan cara dan kaedah terbaik untuk menjadikan apa yang ada di sekeliling membantu dalam apa jua permasalahan tanpa melanggar batas agama serta kepercayaan.

Rawatan alternatif Herba Orang Lama Pak Long mungkin salah satu cara serta kaedah untuk merawat kanser.

Herba Orang Lama Pak Long ini dibuat menggunakan akar kayu hutan dan herba asli oleh seorang bekas Ranjer Hutan (Pesara). Ia adalah hasil pengalaman beliau mengenali akar kayu selama bertahun tahun. Dek kerana niat mahu membantu jirannya yang menderita kerana penyakit kanser ini, Pak Long telah menyediakan campuran dan ramuan herba ini.
Ikhtiar Alternatif Rawatan Kanser Herba Pak Long
Allah Maha Hebat, ramuan herba Pak Long memberikan kesan positif. Dari situlah, ramuan Herba Orang Lama Pak Long ini mula meniti dari bibir orang ramai.

Dengan peredaran masa dan teknologi; herba ini kini didatangkan dalam bentuk kapsul dan dibotolkan. Namun begitu, proses penyediaannya masih lagi menggunakan cara tradisional. Ia tidak dikeluarkan secara komersil (besar-besaran), kerana ia hanyalah satu ikhtiar alternatif bagi rawatan penyembuhan penyakit kanser.

Tambahan lagi, Herba Orang Lama Pak Long ini menggunakan akar kayu dan herba kayu original dari hutan. Bukan mudah untuk mendapatkan ramuan akar kayu untuk menyediakannya, malah ia mengambil proses agak lama kerana menggunakan teknik persediaan tradisional. Yang nampak moden cumalah dari segi pembungkusan dan juga teknik awareness menerusi laman sosial di Facebook.

Menerusi Facebook, produk Herba Orang Lama Pak Long ini telah dapat membantu ramai yang mempunyai masalah dengan penyakit kanser. Ia bukan penawar penyakit kanser mutlak, tetapi ia adalah salah satu cara dan ikhtiar bagi memulihkan mereka yang hadapi masalah penyakit kanser. Hasilnya berbeza mengikut orang. Kesannya hanya boleh nampak jika mencubanya ...
Ikhtiar perubatan alternatif guna herba orang lama Pak Long
Berikut adalah satu kisah perkongsian yang diceritakan oleh salah seorang yang telah mencuba produk Herba Orang Lama Pak Long ini.

Kisah Benar Payudara Selamat - Kak Dahlia

Bismillahirahmanirahim, Syukur kepadaNYA Kak Dahlia masih dapat berkongsi kisah suka duka cerita akak yang didiagnosis sebagai pesakit KANSER PAYUDARA.Kalau ada yang berkaitan baik kak mohon ambil iktibar ya.

Pada asalnya kak ni seorang yang aktif, sentiasa sibuk sebab kak berniaga jual makanan, sehinggalah satu hari ada rasa ketulan di payudara, tak ambil endah mana pon sampaila rasa berdenyut dan tak sedap. Jadi akak pergi buat “FNAC" dan ujian darah. Ya Allah sakitnya Tuhan sahaja yang tahu dan akak tengok darah dah bercampur nanah.Time ni payudara akak dah membengkak dan nanah.

Teringat takutnya, rawatan yang biasa dicadangkan adalah buang payudara lepas itu kimoterapi sebanyak 6 pusingan, radioterapi sebanyak 15 kali dan rawatan hormon, time ni akak bukan main takut dan pada masa sama sakit berdenyut denyut, fikir keluarga lagi, masa depan suami dan anak anak lagi.

Alhamdullilah, Tuhan temukan rawatan lepas puas berusaha, akak cuba rawatan tradisional Ayah Long, dia tak buat ubat komersial pon, hanya akar kayu hutan (dia bekas renjer hutan), makan 2-3 botol ubat herba dia payudara akak yang sebelum ini busuk bengkak dan bernanah tu dah kembali surut semula seperti sedia kala.

Sampai sekarang dah bertahun akak dah tak ke pergi ke hospital dan tak buat operation tu. Akak kongsi dan syorkan sangat sangat jika ada adik beradik,emak,kakak dan saudara yang ada kanser atau barah. Harap simpan info ini dan share kan. Semoga ramai lagi yang akan sembuh.

kak doakan. Share kan! “
Saya harap kisah yang dikongsikan oleh akak di atas memberikan perspektif bahawa usaha untuk merawat penyakit kanser ini bukan hanya ada dari satu sumber sahaja. Selagi kita berusaha, in Sha Allah, akan diberikan jalan untuk menghadapi dan menyelesaikannya.

Seandainya anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan Herba Orang Lama Pak Long ini, anda boleh hubungi nama dan nombor telefon di bawah ini. Perlu diingatkan bahawa herba ini tidak dijual secara besar-besaran, tiada stokis dan tiada agen. Ia merupakan satu ikhtiar alternatif rawatan kanser buat mereka yang memerlukan.

Hubungi
WhatsApp/Telefon: 011-31281002 (Cikgu Wan)



1 comment... add one now

Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 18, 2015
Banyak ubat kanser di pasaran sekarang...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.