Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank

Cara untuk keluarkan income Adsense terus ke akaun bank secara automatik. Hurmm .. Saya dapati ada juga dikalangan rakan blogger yang masih lagi blur dan tidak tahu cara termudah untuk transfer income dalam Google Adsense terus ke akaun bank.

Kebanyakkannya hanya tahu dua kaedah untuk keluarkan income Adsense iaitu menerusi Western Union dan juga menerusi cek. Saya sudah mengeluarkan income Adsense menerusi kedua-dua kaedah tersebut, dan banyak masalah timbul sehingga ada yang merumitkan saya. Banyak masa terpaksa dihabiskan semata untuk keluarkan income Adsense ini terutama sekali jika menggunakan perkhidmatan Western Union.

Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Untuk post kali ini untuk tips blogging dan cara buat duit online, saya kongsikan cara termudah keluarkan income Adsense, iaitu menerusi pemindahan wang terus ke akaun bank.
  1. Login ke akaun Adsense anda.
  2. Klik pada ikon dan pilih Settings.
  3. Pada bahagian menu di sidebar, klik Payment settings.
  4. Dala ruangan "Available forms of payment", klik Add new form of payment.
  5. Pilih daripada butang yang ada iaitu "Transfer to bank account" dan kemudian klik Continue.
  6. Masukkan butiran akaun bank anda iaitu nombor akaun, nama bank serta kod swift. Selepas itu klik Confirm and continue.
Jangan lupa untuk setkan metod pembayaran income Adsense ini sebagai default. Jika tidak, income Adsense anda tidak akan diproses secara automatik untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda mengikut tempoh dan had income yang telah anda setkan.

Anda boleh rujuk turutan gambarajah di bawah jika anda masih blur ... hoho ...
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
Oh ya, bukan semua bank terima pembayaran direct Google Adsense ini ke dalam akaun bank anda. Anda perlu mendapat maklum-balas dengan pihak bank terlebih dahulu untuk pengesahan. Setakat yang saya tahu, bank yang boleh terima pemindahan income Adsense dalam USD dari luar negara adalah bank-bank berikut:
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • RHB Bank
  • Public Bank
Setiap bank mempunyai kadar tukaran wang USD yang berbeza, maka jika anda mempunyai lebih daripada satu bank untuk transfer income Adsense, bolehlah eksperimentasi atau lihat kadar tukaran wang yang mereka berikan. Anda boleh ubah setting nama bank sebelum akhir setiap bulan atau sebelum anda capai had pengeluaran income yang telah ditetapkan dalam akaun Google Adsense anda.

[Baca] Cara Nak Tahu Swift Code Bank di Malaysia

Terima Pembayaran Dalam Tempoh 3 Hari

Jika Adsense dah approve, anda akan nampak paparan seperti di bawah ini di dashboard income Adsense anda di mana ada dinyatakan cara pembayaran dibuat.
Pembayaran menerusi pindahan ke akaun bank ini mengambil masa paling cepat 3 hari (jika gunakan akaun simpanan Maybank). Anda akan terima satu email daripada Adsense jika pembayaran telah dibuat. Jika tarikh proses income dalam email dinyatakan adalah pada 21 hb November, maka anda akan nampak income Adsense anda dalam akaun bank pada paling awal ialah pada 23 hb November.
Cara Keluarkan Income Adsense Automatik ke Akaun Bank
[Lihat] Contoh Email Berkaitan Pembayaran Adsense Diproses

Tiada Akaun Bank

Jika anda tiada akaun bank yang saya nyatakan, anda boleh gunakan kaedah lama iaitu gunakan cek atau Western Union. Tapi percayalah, dari pengalaman saya ... cara pindah terus ke akaun bank adalah yang terbaik dari segi pengurusan masa dan kebolehpercayaan.

Anda boleh baca pengalaman saya ini:
Pastikan anda follow blog ini untuk dapat lebih maklumat dan info berkaitan tips blogging, panduan buat duit online dan cara nak tambah income blog .... klik follow di bawah ini dan pastikan butang g+ follow
berwarna biru ... :) jika putih tu maknanya belum follow lagi ..


{ 21 comments.. read them below or add one }

QISYA KHADEEJA 2 QISYA KHADEEJA 2 November 25, 2015
curlasss.... memang first time baca artikel di blog ini terus tekan butang follow.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 25, 2015
Heapp ... jangan sesekali .. nanti ada mata memandang ... huhuhuhu...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 25, 2015
Alhamdulillah .. terima kasih .. :)
Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi November 25, 2015
Fidah tak ada lagi akaun ads google..
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA November 25, 2015
Wah mesti banyak masyuk ni Tuan HH. Semoga murah rezeki dan jangan lupa zakat ye.
si bongkok si bongkok November 25, 2015
Fuhh...rasa nak kembali ke zaman cinta adsense 2006 - 2011 jek...tapi apa kan daya adsense ku tidak lagi laku... :D

Hmm...terfikir kenapa bukan dulu lagi dah buat macam nie kan...ker adsense semakin susah kutip hasil org awam pon slow google bertindak mesra giler mcm nie... :D

p/s: Berapa charges ya adsense kalo direct ke bank tempatan tue tuan HH?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 25, 2015
In Sha Allah ... :) jika ada lebihan ... akan saya zakatkan.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 25, 2015
RM5 kalau tak silap .. :)
topo topo November 26, 2015
Nanti Maybank call tanya mana datang duit haha.
Btw aku punya macam banya je kena tolak bila pakai wire transfer ni -.-
Zool Blogger Zool Blogger November 26, 2015
Den setahun sekali baru leh keluar...tu pakai western union je
Aju Mohit Aju Mohit November 26, 2015
ok done, tq for info, tunggu lagi 2 bulan baru leh cashout GA ni
aynora nur aynora nur November 26, 2015
Nice sharing, very useful. TQ HH
Muhammad Zuhair Masiran Muhammad Zuhair Masiran November 27, 2015
Google adsense ni blog kita kena register jadi web atau tak perlu?
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA November 27, 2015
Yup mesti daftar dalam GA..nanti GA lulus, baru blh letak skrip di website dot.com/net/my dll..
Evendhand Evendhand December 03, 2015
saya baru tau kalou pembayaran pay out adsend bisa langsung transfer ke no rekening bang, ta kira pembayaran bisa di westen union dan indomart, thanks bro infonya sangat bagus
lokman amirul lokman amirul May 01, 2016
Tq hh...baru la paham nak cashout adsense.
Wani Sukarno Wani Sukarno December 03, 2016
Ada caj ke kalau wireless transfer ni tuan
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 06, 2016
Rm5 .. ada diberitahu dalam ruangan komen.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.