Langkau ke kandungan utama

Blog Kisah Hidup Berpoligami Sebenar Harus Anda Baca

Baru-baru ini, saya ada kongsikan satu status yang mungkin tidak disenangi oleh kaum wanita di Facebook. Ramai yang tinggalkan komen di status tersebut yang berbunyi - "Siapa ada TIPS untuk nikah lagi satu? Dan tips itu datangnya dari perempuan yang dah kahwin.. mohon share".

Yang perempuan dengan komen mereka, dan yang lelaki dengan komen mereka yang tersendiri. Masing-masing berikan pendapat. Saya hormati segala pendapat yang telah diberikan .. dan saya lihat serta baca dengan teliti setiap komen yang ditinggalkan.

Blog Kisah Hidup Berpoligami Sebenar Harus Anda Baca

Dan dalam banyak-banyak rakan facebook itu, ada seorang hamba Allah telah kongsikan kepada saya mengenai sebuah blog. Blog yang menceritakan kisah suka duka hidup bermadu, atau dengan kata lain berpoligami. Ia sebuah blog dipunyai oleh isteri pertama yang hidup bermadu. Bagi saya, blog ini harus dibaca untuk selami mereka yang benar-benar berada di dalam kehidupan berpoligami.
Blog Kisah Hidup Berpoligami Sebenar Harus Anda Baca
Ramai yang tinggalkan komen di status saya itu bukan mereka yang ada pengalaman sebenar mengenai poligami. Mungkin apa yang diluahkan adalah hasil pengalaman dan cerita orang lain. Jadi, pendapat mereka mungkin bukan satu yang solid untuk dijadikan iktibar dan pengajaran, mahupun sebagai panduan.

Maka, saya terpanggil untuk kongsikan kepada semua akan wujudnya blog ini yang menceritakan suka duka pahit maung, apa yang penting dalam sebuah keluarga poligami. Dan jangan tidak percaya, anda akan jumpa banyak tips untuk menghadapi sebuah kehidupan berpoligami bagi seorang perempuan.
Blog Kisah Hidup Berpoligami Sebenar Harus Anda Baca
Saya tabik pada pemilik blog tersebut yang sudi kongsikan pengalaman sebenar hidupnya berpoligami, apatah lagi dari sudut pandangan dari isteri pertama.

"Seorang isteri pertama, cerita tentang aku yang berkongsi kasih dan mengharungi kehidupan bermadu atau poligami untuk pertama kali, aku tak pandai blogging ni, nak edit kasi cantik pun tak reti, takpe laa asal aku boleh tulis apa yang terbuku dihati asal aku rasa lega. Hati siapa tak sedih, tapi hidup ini pilihan. Kita pilih nak bahagia atau derita. Sharing tips dengan harapan dapat membantu orang lain yang mengalami situasi yang sama, saya tak minta apa2 balasan, saya cuma minta doakan saya jadi seorang isteri yang taat, solehah, kuat hadapi dugaan ini dan sabar. Syurga Allah itu tidak mudah, semoga dengan cara ini, ada bahagian untuk mudahkan saya, suami, madu dan anak saya ke Syurga Allah." - Pemilik Blog

Jika blog itu ditulis oleh isteri kedua ... mungkin saya takkan kongsikan di sini kerana saya boleh rasa hampir malah lebih daripada 60 peratus akan beritahu betapa syoknya hidup berpoligami, begitu juga andai blog itu ditulis oleh seorang lelaki yang berpoligami.

Seandainya anda mahu ikuti kisah wanita ini - kisah berpoligami sebenar .. maka anda harus baca blog tersebut di pautan berikut - Poligami dan Izin Seorang Isteri.

Tatkala saya menulis entri ini, post terakhir yang diterbitkan ialah mengenai kehidupan hidup bermadu setelah 4 bulan - Poligami Current Update After 4 Months

Semoga ada manfaat buat mereka yang mahu tahu.

[Ads] Kekal Bahagia Bersama Suami Tercinta - Rahsia Menambat Nafsu Suami



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bagi saya agak bahaye jgk blog macam tu..huhu..

    BalasPadam
  2. dah baca blog tu..salute sebab isteri pertama boleh terima & siap explain lagi step2/proses bernikah sekiranya nk berpoligami..kalau saya, tak kowt..

    BalasPadam
  3. Telus ikhlas cakap...ini yang setiap wanita kena baca...blog ni byk bagi input. Nak follow blog tu HH.

    BalasPadam
  4. PC nak pergi ziarah...moga syurga tempat wanita tersebut...Allahu..

    BalasPadam
  5. kena plan baik2 elok2..berterusterang jika nak kahwin lagi

    BalasPadam
  6. Moga si isteri terus diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan..

    BalasPadam
  7. walau apa pun, memang agak mencabar kalau nak tambah lgi satu ni, tambah plak kalau tak mampu dari segi kewangan..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…