27 November 2015

Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016

Saya baru sahaja terima bil TM untuk akaun Streamyx 4Mbps bagi bulan November 2015. Dan memang jadi tabiat saya untuk lihat butiran pada bil bercetak yang dihantar menerusi pos. Tenung punya tenung, saya baca pengumuman di bawah bil .. oh mulai tahun 2016, bil TM - Streamyx akan dicaj sebanyak RM5 sebulan!

Saya tak tahulah orang lain, tapi bagi saya caj RM5 untuk bil bercetak memang agak mahal. Jadi, nak tak nak perlu bertukar ke sistem terkini E-Bill di mana bil telefon TM dan juga Streamyx dihantar menerusi email. Saya tak pasti untuk pengguna Unifi, samada benda yang sama juga turut dikenakan.

Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016

Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016
Kalau anda salah seorang pengguna TM, maka anda harus alert benda ni. Ramai pelanggan TM yang tak baca pengumuman di bawah slip butiran bil TM/Streamyx yang dihantar menerusi pos. Biar saya highlight untuk lebih meyakinkan bahawa apa yang saya beritahu ini bukan cobaan .. tapi benar benar ... haha...
Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016

Langgani E-Bill secara percuma hari ini. Bermula Januari 2016, bil bercetak akan dikenakan caj bulanan sebanyak RM5. Kemaskini alamat emel dan nombor telefon dengan menghantar permohonan ke help@tm.com.my atau kunjungi TMpoint berdekatan atau hubungi 100.

Begitulah pengumuman yang tertulis di bawah bil yang telah saya terima.

Kalau anda tak buat apa-apa tindakan lagi, dan tidak mahu kena caj RM5 sebulan buta-buta je untuk bil bercetak ni, maka ... silalah ke mana-mana pusat TMpoint, atau telefon 100 atau hantar email. Uhh kena mohon dulu baru anda akan dapat guna E-Bill .. dan bil bercetak ini takkan dihantar ...

Hmm .. bijak tak pihak TM ni ...

Kalau anda orang suka membaca, in Sha Allah ... tahun depan tak akan terkejut beruk nampak bil kena caj RM5 tak pasal-pasal dek kerana dicetak apa yang anda perlu bayar ... :P



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen Bil Bercetak TM-Streamyx Dicaj RM5 Sebulan Mulai 2016

bil maxis pun kena cas... tp blh cancel tak nak bil send emeil sj...

kalau tak silap PC bil bercetak astro pon ada cas 5 ringgit juga la HH..HH kalau tanpa streamyx pun tetap kena cas 5 ringgit ye bil bercetak..kesian dengan orang kampung..

sekarang semua bil bercetak kene bayaran tambahan..astro..strymyx..huhu..tapi ade sbahagian yang kalau buat autodebit dapat rebat pulak..

hahaha adoii.. bestnya rembat duit pengguna

Betul2 buat duit sekarang ni...sehingga sampai satu tahap tu hilang pertimbangan...bil bercetak pun nak caj sampai RM5...em memang zalim sungguh.

Semua kena bayar sekarang walaupun pengguna ada pilihan,

Saya cek kt website TM die tulis free sbb dh byk dpt aduan lepas cerita bil bercetak ni kuar paper.. hopefully betullah huhu

Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

RM5 bukan sikit tetapi fikirkan kesan alam sekitar baik tukar sahajalah kepada e-bill.


EmoticonEmoticon