Bela Harimau Halau Kera Dah Tak Menjadi

Nampaknya taktik pihak PLUS menggunakan patung harimau untuk halau sekumpulan kera yang mengganggu ketenteraman di Rehat dan Rawat (RnR) terutama di RnR Sungai Perak sudah tidak berkesan lagi. Apa yang anda akan saksikan ialah beberapa gambar yang saya sendiri ambil semasa berada di kawasan tersebut baru-baru ini.

Sebenarnya teknik menggunakan patung harimau untuk menakutkan kera bukanlah satu teknik yang baru. Jika anda ingat lagi, pernah viral satu ketika dahulu (tahun 2014) seorang makcik di Pokok Sena, Kedah menggunakan teknik ini untuk memastikan kebun tanamannya tidak dirosakkan oleh kera dan juga babi.

Teknik Bela 'Harimau' Halau Kera Tidak Lagi Berkesan

Teknik Bela Harimau Halau Kera Dah Tak Menjadi
Di awal penggunaan teknik patung harimau untuk halau kera ini memang nampak berkesan. Malah, keberkesanannya diakui sehingga ramai yang melakukan perkara yang sama. Pihak PLUS sendiri meletakkan patung harimau ini di beberapa lokasi lain selain di RnR Sungai Perak. Anda boleh nampak kelibat patung harimau ini di beberapa lokasi sekitar lebuhraya dari Taiping ke Ipoh terutama berdekatan dengan Kuala Kangsar dan juga Terowong Menora.

'Harimau' Dalam Sangkar - Tiada Bunyi - Tiada Bau Tidak Takutkan Kera

Mungkin kumpulan kera yang saya temui baru-baru ini sudah bijak menilai mana harimau sebenar, dan maha harimau 'tiruan'. Apatah lagi 'harimau' tersebut berada di dalam sangkar, tidak berbunyi .. apatah lagi mempunyai bau.
Teknik Bela Harimau Halau Kera Dah Tak Menjadi
Jika kita lihat dalam dunia haiwan itu sendiri, faktor seperti bunyi dan bau haiwan adalah antara cara bagaimana haiwan mengenal-pasti ancaman. Mungkin kera ini telah tahu bahawa 'harimau' yang ada di depan mereka bukanlah satu ancaman, dan kerana itu .. banyak kera sudah semakin berani menggeledah tong sampah, malah 'mencuri' lebihan makanan yang ditinggalkan pengunjung dan pengguna lebuhraya semasa berhenti di RnR Sungai Perak.

Teknik meletakkan patung harimau nampaknya sudah agak ketinggalan. Mungkin pihak PLUS perlu mencari kaedah lain bagi memastikan kumpulan kera-kera ini tidak menjadi atau bertindak lebih berani.
Teknik Bela Harimau Halau Kera Tidak Lagi Berkesan
Masa ini, mungkin kera ini hanya sepahkan tong sampah yang berada jauh dari kawasan rehat sebenar (tempat makan). Bagaimana kelak? Adakah nanti akan ada kejadian di mana pengunjung dan pengguna lebuhraya dicederakan oleh haiwan liar ini - di kawasan yang sepatutnya memberikan ketenangan dan masa rehat untuk pengguna lebuhraya?

Pihak PLUS perlu fikirkan sesuatu, dan bertindak sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

5 comments.. read them below or add one

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie November 18, 2015
hahahha.. ni kg cik en.. dh lama dah dorg letak.. awal2 mmg menjadi.. skrg dah x jdi
azwan azwan November 18, 2015
Saya sering berhenti di RnR ini. Mungkin bukan salah PLUS sebenarnya. Mungkin harimau sudah amat jarang ditemui oleh kera-kera ini. Kita boleh anggap kera ini kera generasi Y, kera yang tidak pernah bertemu dengan En. Harimau, tidak kenal langsung rupa dan muka Harimau. Mungkin mereka (kera -kera ini) hanya mendengar tentang Harimau dari cerita lisan nenek moyang mereka sahaja, dan mengganggap cerita itu tahyul semata mata. Maka apabila mereka bertemu patung harimau di RnR, mereka tidak berasa gentar. Pihak plus mungkin boleh mengambil inisiatif menyewa harimau hidup dari zoo negara dan dibiarkan berlegar di RnR tersebut untuk menanamkan rasa gerun kembali kepada kera-kera itu, dan juga kepada couple-couple di tempat letak kereta berkenaan yang kadan kala melakukan perkara sumbang. Harimau ini boleh disewa secara konsensi, dengan kadar sewa yang disemak setiap enam bulan sehingga 2020. Segalanya mungkin.. Jangan marah ye Tuan Tanah, sekadar memeriahkan susasana...
si bongkok si bongkok November 19, 2015
Kalo kera pon dah pandai nilai mana yang ori @ klon punya, ini kan pula manusia...lagi terer bab nak hide kan bab billion2 nie kan..

Maaf tuan HH...gurau2 di pagi hari...baru bangun rimau2 nie semua... :D
agen jamkho agen jamkho November 20, 2015
kera setengahnya manusia jadi tak bodoh amat
Mrs. A Mrs. A November 26, 2015
Sang kera pun berevolusi juga daripada takut kepada tidak takut lagi.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.