Satu berita yang mungkin tidak begitu menggembirakan. Pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diberhentikan mulai 1 November 2015, menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman web LHDN.

Saya sebenarnya mencari info berkaitan cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tahun 2016, tetapi terbaca pula akan kenyataan media berkaitan pemberhentian kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji oleh LHDN.

Bayaran Balik PTPTN Potongan Gaji Menerusi LHDN Dihentikan 1 November 2015


Bayaran Balik PTPTN Potongan Gaji Dihentikan 1 November 2015
Menerusi kenyataan tersebut, pihak LHDN tidak lagi menjadi agen kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN berkuat-kuasa 1 November 2015. Ini bermakna pembayaran balik PTPTN perlu dilakukan secara terus kepada pihak PTPTN. Mana-mana majikan yang menggunakan perkhidmatan potongan gaji menerusi LHDN perlu kemukakan bayaran balik pinjaman terus kepada pihak PTPTN seperti alamat di bawah:

Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Jadi, kepada mana-mana majikan yang mempunyai pekerja yang membuat potongan gaji menerusi LHDN untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN, sila ambil perhatian mengenai perkara ini. Pihak majikan juga perlu memaklumkan kepada pekerja terbabit mengenai perkara ini.

Manalah tahu jika ada pekerja yang tidak maklum, dan anggap bahawa pembayaran balik pinjaman PTPTN masih lagi dibuat menerusi potongan gaji LHDN. Jika tidak, mungkin akan berlaku salah faham dan membuatkan pekerja tersebut gagal meneruskan pembayaran balik PTPTN seperti yang dijadualkan.

Kalau ada kemushkilan, boleh berhubung menerusi talian berikut:

Talian PTPTN: 03-20986484 / 03-20987336 / 03-20986462


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

Perlu diperjelaskan kepada semua pihak agar memudahkan urusan..

Reply

Tq untuk info ni. Saya bru tahu..Kena take note ni..

Reply

Ramai lagi yang tak tahu sebenarnya .. semua harapkan majikan uruskan .. nanti bila penyata PTPTN sampai ... mula gelabah

Reply

PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

Boleh baca dalam post ni.

Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.