Langkau ke kandungan utama

Aswara Dinaiktaraf Menjadi Universiti P. Ramlee

Ramai sebenarnya yang mahukan Universiti P. Ramlee diwujudkan. Namun, ia tidak pernah menjadi kenyataan di sebalik pencapaian dan sumbangan seniman Agung ini terhadap warisan seni, budaya, muzik dan perfileman tanahair. In Sha Allah, tidak lama lagi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dinaiktaraf menjadi Universiti P. Ramlee.

P.Ramlee, namanya bukan sahaja terkenal di nusantara ini, malah namanya ada tercatat di dalam sejarah perfileman di Hollywood dan juga Asia. Namanya begitu besar, sehingga kisah hidupnya dimuatkan di dalam saluran History.

Aswara Dinaiktaraf Menjadi Universiti P. Ramlee

Aswara Dinaiktaraf Menjadi Universiti P. Ramlee
Walaupun namanya besar dalam dunia perfileman Malaysia, tapi saat akhir karier dan hidupnya tidaklah sehebat mana. Saya ada berkongsikan kisah daif P. Ramlee ini dalam satu artikel bertajuk - Kisah Benar Suka Duka P. Ramlee Yang Daif di Hujung Hayatnya. Kisahnya memang sedih sekali, sehinggakan ramai yang tidak percaya bahawa P. Ramlee pokai dan tidak berduit di saat akhir hidupnya.

Dirinya dicemuh, dan banyak lagu-lagunya ditolak ... manakala lagu-lagunya yang popular dalam filem, tidak satupun menerima royalti yang sepatutnya daripada syarikat rakaman.

Tan Sri P. Ramlee - Tokoh Warisan Negara

Dalam satu sidang Dewan Rakyat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengumumkan bahawa ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh Warisan Negara manakala Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan dinaik taraf sebagai Universiti P. Ramlee.

Univerisiti Pertama Bidang Seni Persembahan Didokong Kerajaan

Apabila dirasmikan kelak, ia akan menjadi sebuah IPT pertama dalam seni persembahan yang didokong oleh kerajaan.
Aswara Dinaiktaraf Menjadi Universiti P. Ramlee

Info Aswara

Untuk info, Aswara yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Ketika itu asalnya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan bertukar menjadi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).

Aswara telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Semoga dengan naik taraf menjadi Universiti P. Ramlee, ia akan menjadi lebih berkemampuan dalam melahirkan mereka yang hebat dalam seni warisan dan budaya Malaysia.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…