Tiada Bonus #Bajet2016 Untuk Kakitangan Awam

Tiada bonus dalam Bajet 2016 untuk kakitangan awam. Maaf, mungkin ada penjawat awam yang menantikan pemberian bonus dalam pembentangan #Bajet2016, namun disebabkan keadaan ekonomi yang agak kurang memberansangkan (mungkin), maka tiada bonus akan diberikan untuk kakitangan awam.

Tiada Bonus #Bajet2016 Untuk Kakitangan Awam

Tiada Bonus #Bajet2016 Untuk Kakitangan Awam
Namun begitu, Perdana Menteri memaklumkan menerusi pembentangan bajet untuk tahun 2016, golongan kakitangan awam akan diberikan bantuan khas untuk meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan khas tersebut adalah bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua penjawat awam.

Dan untuk pesara kerajaan, golongan ini akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250. Semua pembayaran ini akan dibuat pada bulan Januari 2016.
Tiada Bonus #Bajet2016 Untuk Kakitangan Awam

Gaji Minima RM1000

Gaji minima juga dinaikkan dari RM900 menjadi RM1000 sebulan berkuat-kuasa 1 Julai 2016. Manakala gaji minima di Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan dari RM800 menjadi RM920 sebulan. Gaji minima ini melibatkan semua sektor termasuklah dalam perkhidmatan awam kerajaan. Jadi, akan nampak sedikit kegembiraan untuk kakitangan awam yang bergaji rendah sebelum ini.

Tiada bonus untuk kakitangan awam dalam bajet 2016, namun mungkin ramai yang akan gembira apabila diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan akan berikan wang bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua penjawat awam. Pastinya sedikit sebanyak akan melegakan.