Langkau ke kandungan utama

Teknik Melapah Lembu Qurban

Teknik Melapah Lembu Qurban. Baru-baru ini sempena ketibaan 10 Zulhijjah (Raya Aidil Adha), saya telah mengikuti program Qurban dianjurkan oleh penduduk di Taman Klebang Restu, Ipoh. Sebenarnya, wife saya telah ambil bahagian dalam program ini, bersama dengan adik-beradik dia yang lain.

Apabila dah mengikuti ni, dapatlah timba pengalaman dan dapatkan beberapa tips terbaik untuk melapah lembu Qurban. Saya suka nak kongsikan kepada anda semua tentang teknik betul dan memudahkan untuk melapah lembu Qurban atau lembu sembelihan.

Teknik Melapah Lembu Qurban

Teknik Melapah Lembu Qurban
Dalam menjalankan ibadah Qurban ini, paling penting ialah rasa belas kasihan kepada haiwan Qurban. Mungkin ada yang menyangka bahawa haiwan yang akan diqurbankan tidak perlu dilayan baik, walhal ianya adalah sebaliknya. Ia adalah haiwan yang diqurbankan kerana Allah S.W.T. Maka, selayaknya ia mendapat 'layanan' yang selayaknya sehinggalah segala daging, tulang dan bahagian lembu Qurban itu diserahkan kepada asnaf yang layak.

[Baca] Tempah secara online untuk Program Qurban dan Aqiqah - EZQurban

Sebaik sahaja lembu direbah dan disembelih, ia perlulah dibiarkan dalam keadaan lepas dan tidak terseksa - iaitu melepaskan tali ikatan atau setidaknya melonggarkan ia.

Langkah Demi Langkah Untuk Menyiat Kulit Dan Melapah Lembu Qurban

Kemudian, setelah dipastikan bahawa lembu yang disembelih atau diqurbankan telah 100% tidak bernyawa, maka bermulalah proses untuk melapah. Teknik melapah yang betul dan terbaik adalah seperti berikut:

  1. Terbalikkan lembu dengan bahagian kaki ke atas.
  2. Kesemua kaki lembu didepangkan atau ditegangkan.
  3. Lakukan lapahan dengan membuang kulit di bahagian kaki menggunakan pisau belit atau pisau lipat yang tajam. Elakkan guna parang takut nanti parang yang panjang boleh terkena orang lain yang berada bersebelahan.
  4. Toreh bahagian perut bermula dari leher lembu hingga ke hujung pangkal peha lembu. Jangan sampai bahagian perut terbuka.
  5. Siat dan buang kulit sehingga selesai bahagian bawah lembu.
  6. Kemudian, tarik dua kaki untuk menyampingkannya - lembu berada dalam keadaan samping untuk menyiat kulit bahagian tepi.
  7. Setelah selesai menyiat dan membuang kulit sebelah tepi, lakukan perkara yang sama untuk bahagian sebelah lagi.
  8. Apabila semua bahagian kulit lembut telah disiat, dan dibuang; maka terbalikkan kembali lembu tersebut dengan kaki ke atas.
  9. Belah bahagian perut lembu, dan buangkan isi perut lembu iaitu dengan menariknya keluar.
  10. Setelah itu, barulah dikapak bahagian peha atau kaki lembu, tulang rangka, dan bahagian lain.
Faham tak? Saya dah tulis dan berikan dalam bentuk langkah demi langkah. In Sha Allah, dengan cara ini ia akan memudahkan segala kerja.

Paling penting ialah jangan sesekali menetak, mengapak atau menceraikan bahagian badan lembu sehingga semua kulit telah disiat dan dibuang dengan sempurna. Ia bagi mengelakkan berlaku 'kemalangan' yang boleh menyebabkan isi perut terburai.

Anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini yang saya rakamkan sewaktu program tersebut dilakukan.
Teknik Melapah Lembu Qurban
Teknik Melapah Lembu Qurban
Cara betul dan pantas untuk menyiat dan melapah lembu Qurban
Teknik  Menyiat Kulit dan Melapah Lembu Qurban
Teknik Melapah Lembu Qurban
Bahagian lembu yang telah dipisahkan seperti kaki, rangka, kepala perlulah diasingkan dan diagihkan kepada kumpulan kecil untuk memudahkan melapah daging pada bahagian-bahagian tersebut. Cara yang selalu diamalkan ialah dengan menggantung bahagian-bahagian terbabit, dan menggunakan pisau yang tajam untuk menghiris daging lembu Qurban.
Teknik Melapah Lembu Qurban
Teknik Melapah Lembu Qurban

Nasihat Dari Otai 

Menurut otai yang sering melakukan kerja-kerja penyembelihan dan melapah lembu Qurban, sering berlaku orang yang kurang berpengalaman telah mengapak bahagian kaki lembu sebelum semua bahagian kulit disiat dan dibuang, menyebabkan kesukaran untuk menterbalikkan lembu bagi membuang kulit bahagian sisi dan atas badan.

Malah, pernah berlaku apabila ada yang tersilap mengapak atau memotong bahagian kaki sehingga terkena bahagian dalaman perut lembu sehingga isi terburai, menyebabkan bahagian lembu diselaputi najis.

Kerja menjadi sukar kerana kaki sudah tercerai, dan perlu pula membersihkan najis lembu yang telah pecah dari perut.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberikan ilham dan pengetahuan teori tentang bagaimana cara nak menguruskan proses melapah lembu Qurban. In Sha Allah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…