Takwim Penggal Persekolahan 2016

Takwim Penggal Persekolahan 2016. Berikut adalah jadual kalendar atau takwim penggal persekolahan untuk tahun 2016 bagi sekolah seluruh Malaysia. Takwim penggal persekolahan 2016 ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Penggal Persekolahan 2016

Takwim Penggal Persekolahan 2016

Takwim Penggal Persekolahan 2016 - Sekolah Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A)

Sesi penggal persekolahan 2016 untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 3 Januari 2016 (Ahad). Penggal pertama persekolahan akan bermula dari 3 Januari 2015 sehingga 26 Mei 2016. Manakala penggal kedua persekolahan akan bermula pada 12 Jun 2016 sehingga 24 November 2016.

Cuti pertengahan penggal 1 untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 11 Mac 2016 sehingga 10 Mac 2016. Manakala cuti pertengahan tahun akan bermula 27 Mei 2016 sehingga 11 Jun 2016 selama 2 minggu.

Untuk gambaran lebih jelas, takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu adalah seperti dipaparkan di bawah.

Takwim Penggal Persekolahan 2016

Takwim Penggal Persekolahan 2016 - Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kumpulan B)

Berikut adalah takwim penggal persekolahan tahun 2016 untuk sekolah-sekolah di Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.

Penggal pertama persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri-negeri berikut akan bermula pada 4 Januari 2016 (Isnin) dan berakhir pada 27 Mei 2016. Manakala penggal kedua persekolahan bermula dari 13 Jun 2016 sehingga 25 November 2016.
Takwim Penggal Persekolahan 2016
Dengan adanya takwim penggal persekolahan 2016 ini, bolehlah ibu bapa merancang percutian tahun 2016, apatah lagi sekarang terdapat tawaran tiket diskaun 50% daripada MAS sempena YESS. Boleh rebut peluang tersebut untuk pergi bercuti ke luar negara .. huhuhu buat mereka yang mampu.

Seperti saya, takwim ini menjadi panduan untuk bercuti bersama keluarga, apatah lagi apabila isteri sudah sambung belajar di UM secara sepenuh masa. Maka, kena adjust percutian betul-betul, dan rancang dengan teliti. Dan sudah pastinya, ia akan jadi panduan untuk menempah Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan yang seringkali penuh setiap kali musim cuti.