Langkau ke kandungan utama

Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Wah, rupanya ada satu program khas pemilikan rumah untuk para penjawat awam di Malaysia, dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Program ini telah dimulakan pada awal tahun 2013, dan telah dinaik-taraf dan diberikan keutamaan semula pada tahun 2014 menerusi unit PPA1M di Jabatan Perdana Menteri.

Sedikit info berkaitan dengan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M ini - Ia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini. Malah, skim ini juga terbuka untuk pesara penjawat awam yang layak.

Syarat untuk memohon skim perumahan ini adalah seperti berikut:
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan bulanan di bawah RM10,000 dan bekerja di kawasan berdekatan lokasi rumah yang dibina.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah.
  • Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak layak memohon
  • Hanya satu permohonan boleh dibuat untuk setiap isi rumah.
  • Pemohon tidak diisytihar muflis.
  • Rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual selama 10 tahun tanpa kebenaran kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak.
  • Pembeli rumah skim PPA1M tidak layak menduduki kuarters.
Permohonan ini dibuka sepanjang tahun, dan pendaftaran untuk mendapatkan rumah di bawah skim PPA1M ini sah selama 2 tahun.

Projek PPA1M ini dijalankan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Jadi, ia merupakan peluang yang terbuka luas untuk para penjawat awam memiliki rumah sendiri di lokasi-lokasi pilihan yang mempunyai projek perumahan ini.

Perumahan di bawah skim ini termasuklah rumah teres dan juga appartment. Mana-mana penjawat awam yang ingin memohon skim PPA1M ini, bolehlah membuat pendaftaran menerusi pautan di bawah ini.

Borang Pendaftaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Untuk senarai projek terkini di bawah skim PPA1M, anda boleh lawati laman web PPA1M untuk info terkini. Buat masa ini (semasa artikel ini ditulis) terdapat beberapa projek perumahan penjawat awam 1Malaysia sedang dibina di kawasan berikut:
Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Kalau dilihat pada senarai projek skim perumahan yang dikhaskan untuk penjawat awam ini, memang nampak sangat menarik. Lokasi pun bagus, selain rekabentuk yang nampak moden dan sesuai dengan gaya hidup terkini.

Seandainya anda seorang penjawat awam mahupun pesara yang masih belum memiliki rumah sendiri, maka bolehlah cuba untuk memohon menerusi skim PPA1M ini. Mana tahu, rezeki anda untuk mendapatkan rumah yang selesa, dengan kadar pinjaman faedah rendah yang disediakan.

Untuk info lebih lanjut:

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA

Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my
Semoga bermanfaat.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …