Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100 2016

Ramai juga rakan-rakan saya yang mempunyai ramai anak bersekolah yang mengeluh akibat syarat baru bantuan persekolahan yang sebelum ini diterima semua sebanyak RM100. Menerusi Bajet 2016, terdapat syarat baru dalam pemberian bantuan persekolahan RM100 ini. Jika anda ada anak sekolah samada sekolah rendah mahupun menengah, dan sebelum ini layak terima bantuan persekolahan RM100 seorang, mungkin kali ini untuk takwim persekolahan 2016, anak anda tidak akan dapat bantuan persekolahan sebanyak RM100 ini...huhu.

Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri memaklumkan bahawa bantuan persekolahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100 akan diteruskan. Namun begitu, syarat baru dikenakan untuk penerima yang layak.

Syarat Baru Bantuan Persekolahan 2016 Wang Tunai RM100

Syarat Baru Bantuan Sekolah RM100
Perdana Menteri memaklumkan; untuk bantuan persekolahan RM100 bagi sesi 2016, hanya keluarga dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 ke bawah sahaja akan diberikan bantuan ini. Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 3.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Turut disebut ialah bantuan makanan untuk pelajar-pelajar miskin di dalam e-Kasih. Bantuan makanan ini melibatkan pemberian makanan percuma untuk bersarapan dan juga semasa rehat di sekolah.

Aduh. Patutlah ramai rakan saya yang bersuara hampa apabila diumumkan mengenai bantuan persekolahan RM100 ini. Ramai yang tidak mendapat manfaat, di sebalik belanja persekolahan yang dijangka akan naik berbanding dengan sebelum ini.

Nak tak nak, kenalah mula sediakan 'tabung' untuk persediaan persekolahan anak-anak tahun 2016. Antara cara yang selalu saya dan isteri praktikkan ialah mencari jualan murah atau jualan gudang untuk keperluan sekolah terutama sekali pakaian uniform dan juga kasut sekolah.

Ada jenama yang murah, tetapi percayalah ... sekali dua kali pakai, anda akan nampak perbezaannya.... antaranya cepat koyak, mudah lusuh, dan sebagainya. Lagi-lagi anak-anak sekolah sekarang bukan main ligat ... baju yang sehari baru pakai pun boleh hilang butang.. hoho.