Video muzik lagu Setia, nyayian Elizabeth Tan featuring Faizal Tahir telah menerima lebih 2 juta views, malah semakin menghampiri 3 juta views dalam masa 3 bulan dimuatnaik ke YouTube. Lagu ini laris dilagukan di corong radio, malah telah menjadi lagu tema dan lagu latar beberapa drama serta telemovie tempatan.

Video Muzik Setia - Elizabeth Tan Capai Lebih 2 Juta Views

Nama Elizabeth Tan semakin dikenali sejak popular menerusi lagu Knock Knock. Video official Elizabeth Tan Knock Knock sendiri telah dipertontonkan lebih 3.5 juta views di YouTube. Jadi, memang patutlah video muzik Setia capai lebih views lebih baik dari sebelumnya. Uhh .. hebat ... 2 juta views dalam masa beberapa bulan sahaja.
Setia Elizabeth Tan Capai 2 Juta Views
Agaknya apa yang menarik mengenai lagu-lagu daripada Elizabeth Tan ini? Yelah, sampai mendapat jutaan views dalam masa yang boleh saya anggap singkat. Aha, sesuatu yang mungkin perlu difikirkan dari sudut positif.

Untuk yang tidak mengetahui, Elizabeth Tan merupakan antara artis yang diasah dan dikenali menerusi YouTube. Faizal Tahir adalah antara mereka yang membawa Elizabeth Tan ke persada utama dunia seni tanahair.

Official Lyric Video Music Setia - Elizabeth Tan featuring Faizal Tahir

Lagu baru Elizabeth Tan - Setia antara lagu yang tidak sukar mana nak ingat. Anak-anak saya sendiri boleh menyanyikan lagu Setia ini dengan alunan yang betul. It's a simple music yang sedap didengar telinga dan mudah diterima.

Official Music Video - Setia by Elizabeth Tan featuring Faizal Tahir

Video official Setia yang disertakan lirik telah berjaya mencapai lebih 2 juta views, manakala video muzik official berbentuk cerita yang baru sahaja dimuat naik ke YouTube pada 9 Oktober 2015, sudahpun mencapai jumlah views sebanyak 200K (15 Oktober) - iaitu dalam masa kurang seminggu.

Layan video muzik lagu Setia ni .. syok gak jalan ceritanya ... sampai menimbulkan tanda tanya di kalangan viewers Youtube.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.