Senarai Sekolah Tutup 23 Oktober 2015 Akibat Jerebu

Senarai sekolah tutup 23 Oktober 2015 akibat jerebu. Nampaknya, ketiga-tiga anak saya akan sambung cuti sehari lagi apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia umumkan penutupan sekolah pada 23 Oktober 2015 untuk sekolah-sekolah di utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Penang, Kedah dan Perlis.

Namun begitu, sekolah-sekolah yang diarahkan tutup pada hari ini (22 Oktober 2015) perlu dibuka semula, ini termasuklah sekolah-sekolah di bahagian-bahagian di Sarawak. Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah diwajibkan untuk menutup sekolah pada 23 Oktober 2015, iaitu semua sekolah di Perak, Penang, Kedah dan Perlis akbat masalah jerebu.

Senarai Sekolah Tutup 23 Oktober 2015

Senarai Sekolah Tutup 23 Oktober 2015 Akibat Jerebu

Penutupan Tidak Terhad Pada Guru dan Kakitangan Sekolah

Dalam kenyataan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia ini, penutupan sekolah-sekolah pada 23 Oktober 2015 bagaimanapun terhad pada murid-murid dan pelajar sekolah manakala guru-guru masih boleh hadir ke sekolah untuk menyelesaikan tugas-tugas yang ada.

Pihak kementerian juga menyarankan para guru untuk memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).

Penutupan sekolah akibat jerebu adalah tertakluk kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Begitu juga dengan sekolah-sekolah swasta. Namun begitu, seandainya pihak pengurusan sekolah-sekolah swasta ini mahu meneruskan sesi persekolahan, pihak kementerian menasihati supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.

Sebab Penutupan Sekolah Akibat Jerebu

Penutupan sekolah-sekolah akibat jerebu adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid yang hadir ke sekolah tidak terjejas. Dikhuatiri, seandainya murid-murid dan pelajar hadir ke sekolah, ia mungkin akan menyebabkan masalah kesihatan melibatkan pernafasan terutama anak-anak sekolah yang ada masalah seperti Asma.

Saya sebagai ibu bapa memang mengambil serius perkara ini. Malah, saya pernah melihat bagaimana seorang anak sukar nak bernafas akibat jerebu yang teruk melanda. Jadi, daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, lebih baik mencegah.

Dan pastinya, apabila anak-anak ini tidak ke sekolah, tanggungjawab berkaitan kesihatan dan kesejahteraan mereka adalah di tangan ibu bapa, dan bukan lagi pada pihak kementerian. :)