Restoran Glory 78 Steamboat Halal dan Berbaloi di Cameron Highlands

Restoran Glory 78, restoran steamboat halal dan berbaloi di Cameron Highlands. Jika anda ke Cameron Highlands, salah satu menu makanan yang seronok dan mengujakan untuk dimakan ialah Steamboat. Ada banyak restoren halal yang menyajikan menu steamboat di Cameron Highlands ini, dan salah satunya ialah Restoran Glory 78.

Restoran Glory 78 Steamboat ini terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Mahu lokasi lebih spesifik? Ia merupakan restoran yang terletak bersebelahan dengan Hotel De'La Fern. Anda boleh nampak dari jauh akan 'panahan' cahaya neon nama restoran ini dari jauh jika anda dari Brinchang menuju ke Tanah Rata.

Restoran Glory 78 Steamboat Halal Cameron Highlands

Restoran Glory 78 Steamboat Halal Cameron Highlands
Tak susah nak mencari lokasi restoran ini. Apatah lagi ia merupakan antara restoran steamboat halal yang sering menjadi tumpuan pelancong di Cameron Highlands. Selalu sahaja nampak jam-pack dan kereta bersusun di tepi jalan akibat ruang parking yang terhad. Ala .. tak jauh pun dari pekan Brinchang tu .... takkan terlepas pandang punyalah.

Memandangkan restoran ini sentiasa ramai orang, maka saya nasihatkan siapa yang nak makan menu steamboat di sini supaya membuat tempahan awal. Anda hanya perlu telefon dan beritahu berapa orang nak makan. Jadi, nanti mudahlah mereka sediakan meja yang sesuai dengan bilangan orang.

Harga Set Steamboat

Restoran Glory 78 Steamboat Halal Cameron Highlands
Harga set steamboat yang disediakan di restoran Glory 78 ini boleh dikatakan berpatutan. Semasa saya dan beberapa ahli keluarga datang makan ke restoran ini, harga yang dikenakan ialah RM23 satu kepala. Tapi, pada saya, satu set tu boleh makan 1-3 orang .. jadi, tak perlu tempah set ikut bilangan orang (kepala).
Restoran Glory 78 Steamboat Halal Cameron Highlands
Restoran Glory 78 Steamboat Halal Cameron Highlands
Makanan atau menu steamboat yang ada boleh dikatakan sedap. Ada sos tambahan kalau mahu kuah atau sup yang disediakan nak lebih pedas, manis atau masam. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Jika orang yang tak biasa makan steamboat, mungkin akan merasakan kuah sup atau tomyam yang disediakan tidak cukup 'kick' tetapi sebenarnya ia hanyalah sup atau tomyam asas .... anda kena tambah sendiri sos yang disediakan untuk rasa ikut selera anda.

Alhamdulillah, dengan bayaran RM23 satu kepala, anda boleh dapat pelbagai jenis bahan-bahan untuk steamboat ini dan in Sha Allah, memang cukup berbaloi.

Tips dan Panduan Makan di Restoran Glory 78 Cameron Highlands

Sedikit tips daripada saya ....
  • Buat tempahan awal menerusi telefon 019-555 3848 khusus untuk menu steamboat berkumpulan.
  • Dapatkan nasihat daripada staff mengenai jumlah set - selalunya kurang daripada jumlah orang.
  • Datang awal, sekurang-kurangnya 15 minit dari waktu tempahan dibuat.
  • Pastikan anda dalam kelaparan sebelum datang makan ke sini.
  • Bawa beg plastik atau bekas makanan untuk tapau .. :)
  • Order set kurang daripada jumlah orang untuk elak pembaziran.
  • Dapatkan tempat letak kereta di bangunan hotel De La Fern di sebelah restoran ini.
  • Catit dan ingat set menu dan hidangan lain (jika ada) untuk rujukan pembayaran.
Sebelum anda baca tips dan panduan lain serta lihat seleksi tempat menarik dan percutian lain yang saya kongsikan di blog ini; ada satu peringatan penting jika makan di restoran Glory 78, steamboat halal di Cameron Highlands ini.
  • Ruang dalam restoran agak sempit, jadi awas jika ada anak-anak kecil ... jangan sampai mereka berlari sana sini kerana takut berlakunya kemalangan seperti terkena kuah panas dan sebagainya.
  • Tempat letak kereta terhad kerana berkongsi dengan penyewa di hotel, dan restoran lain yang terletak bersebelahan.
  • Suasana agak panas di dalam restoran.
  • Perlu bersabar dengan layanan staff restoran.
  • Meja agak kecil, jadi pilih tempat duduk yang berada di tepi kiri kanan restoran ini.
  • Ada kemudahan WiFi percuma tetapi jangan harap sangat pada kelajuannya ...

Semoga info ini dimanfaatkan sebaiknya.