Langkau ke kandungan utama

Rank Alexa Oktober 2015

Ranking Alexa untuk blog ini bagi bulan Oktober 2015 terus alami kemerosotan. Keadaan macam ini memang telah saya jangkakan atas beberapa faktor dan sebab. Walaupun saya sedikit kecewa dengan pencapaian yang dicatatkan dalam ranking Alexa, tetapi alhamdulillah ... rezeki saya dalam dunia blog Malaysia masih lagi diberikan laluan oleh Allah S.W.T.

Tetiba rasa rindu dengan ranking Alexa lampau yang pernah dicatatkan dahulu. Mana tak rindu dengan pencapaian membanggakan berada di bawah 150 laman web di Malaysia paling tinggi trafik! Betullah cakap ramai otai blogger yang sudah lama bergiat dalam penulisan di alam maya ini - nak naik mudah, tapi nak kekalkan momentum itu yang sukar.

Rank Alexa Oktober 2015

Rank Alexa Oktober 2015
Untuk awal Oktober 2015, blog ini berada pada kedudukan 688 ranking Alexa untuk Malaysia, manakala 95,300 untuk ranking Alexa Global. Untuk melihat stats berkaitan rank Alexa blog ini, anda boleh semak sendiri di pautan berikut - Alexa Rank for HASRULHASSAN.COM

Faktor Kemerosotan Ranking

Banyak faktor yang menyebabkan ranking Alexa blog ini jatuh teruk daripada setahun yang lalu. Antaranya ialah kerana kesibukan saya sebagai seorang house husband yang kini boleh dianggap sebagai full time apabila isteri saya sudah melanjutkan pengajian sepenuh masa (Master) di Universiti Malaysia.

Malah, faktor kesihatan yang semakin merosot akibat usia yang dah nak masuk 40, menjadikan saya lebih banyak 'berehat' dari berada di depan komputer mencari bahan dan idea untuk menulis...huhuhu.. Jika dulu nak buat entri dan blog post sehingga 10-15 entri sehari bagai tiada masalah, sekarang nak siapkan 1-2 entri advertorial (berbayar) pun dah macam lemau je.

Ranking Alexa adalah berkaitan trafik. Jika trafik blog makin meningkat, in Sha Allah .. kedudukan dalam rank akan bertambah baik.

Trafik Bulan September 2015

Jadi, nak tak nak, kena usahakan ke arah meningkatkan trafik bulanan blog ini yang pada ketika ini agak kurang memuaskan, walaupun masih mencatat lebih 150,000 pageviews setiap bulan (Google Analytics). Di bawah ini adalah merupakan stats terkini trafik blog ini untuk bulan September 2015 yang mencatatkan jumlah hits (pageviews) sebanyak 176,896.
Trafik blog September 2015
Dengan kemerosotan ranking Alexa serta trafik sebulan blog ini, ia turut memberi kesan kepada income menerusi pengiklanan Adsense dan Innity, yang merupakan antara sumber pendapatan buat duit online saya selama ini.

[Baca] Entri berkaitan buat duit dengan Adsense - Tips Buat Duit Blog dengan Adsense

Fuh.... banyak usaha kena dilakukan lagi, apatah lagi banyak cabaran serta saingan dari blog-blog dan laman web baru yang sudah bertambah setiap jam, setiap minit. Dan kesemuanya sudah mempunyai strategi terhebat untuk mendapatkan trafik terbaik. Mungkin, saya perlu kembali menggunakan teknik Rahsia Senyap Menaikkan Rank Alexa.

Jangan lupa follow blog ini di Google Plus ye - https://plus.google.com/+Hasrulhassan


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…