Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015

Sempena Deepavali 2015, pihak Pos Malaysia menawarkan promosi harga prepaid Poslaju kotak oren dan kotak biru untuk semua para pelanggannya bermula dari 2 November hingga 10 November 2015.

Promosi Pos Laju Festival of Lights ini terdapat di semua cawangan Pejabat Pos seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Menerusi promosi ini, Pos Malaysia menawarkan harga potongan 50% untuk prepaid Poslaju kotak biru, manakala promosi beli 5 percuma 1 diberikan untuk prepaid Poslaju kotak oren.

Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015

Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015
Promosi ini sah hanya untuk pembelian antara 2 November hingga 10 November 2015 sahaja. Jadi, sekiranya anda seorang usahawan online, pastinya promosi sebegini tidak boleh dilepaskan. Boleh jimat banyak, dan menguntungkan.

Kalau beli banyak, boleh simpan stok sampul dan kotak prepaid Poslaju ini untuk memudahkan penghantaran barang jualan di kemudian hari. Sekarang ni, pelanggan semua cerewet, semua penghantaran nak cepat, kalau lambat .. habis naik status kat media sosial .. haha.

Ok. Anda mungkin nak tahu berapa perlu dibayar untuk mendapatkan sampul dan kotak prepaid Poslaju Pos Malaysia sempena promosi Deepavali ini. Berikut ialah kadar harga prepaid Poslaju dalam promosi Pos Laju Festival of Lights ini:
Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015
Banyak jimat tu .. kalau nak dibandingkan dengan harga sebenar prepaid Poslaju termasuk GST. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.



6 comments.. read them below or add one

Cik Tie Cik Tie October 30, 2015
wahhh murah sangat ni.
suhaila Johar suhaila Johar November 01, 2015
tq share..esok blh g bororng
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad November 04, 2015
tq for sharing, nanti boleh gi belilah sbb mmg guna
Sheila Adziz Sheila Adziz November 09, 2015
sgt berbaloi.... harus beli peniaga on9....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.