Mesin Judi Kanak-Kanak

Apabila anak-anak saya balik dari sekolah, sesekali akan singgah di kedai India di hadapan taman. Di depan kedai runcit tersebut akan nampaklah banyak tong-tong yang berisi mainan kecil. Untuk dapatkan mainan kecil ini, perlu masukkan wang syilling sebanyak RM0.50, adakala perlu masukkan 2 keping wang syilling RM0.50 menjadikan ia bernilai RM1.00.

Angah, anak kedua dan anak bongsu saya selalu minta wang syilling 50 sen daripada saya. Tak boleh guna wang syilling 50 sen yang baru, kena gunakan wang syilling 50 sen yang lama. Jadi, setiap kali ke kedai India ini, dua orang anak saya ini pasti akan gunakan syilling untuk dapatkan mainan dari tong mainan tersebut.

Mesin Judi Kanak-Kanak Merugikan Walaupun Hanya 50 Sen

Mesin Judi Kanak-Kanak
Anak-anak saya gelarkan benda tu sebagai mainan bola. Sebab apabila syilling telah dimasukkan, dan dipusingkan tombol yang ada, akan keluarlah satu bola yang terisi mainan di dalamnya. Ada bola yang mainannya adalah sama seperti dipaparkan di tong, adakalanya hanyalah mainan kecil yang nilainya jauh lebih murah daripada 50 sen.

Namun, pada satu hari ....

"Abah ... nak tahu tak .. mainan bola tu kan .. haram tau abah .. ustazah kata ..." tetiba terpacul ayat dari Angah apabila masuk ke dalam kereta.

"Haram ke?" tanya saya.

"Macam judilah abah .. "  kata Along pula.

"Kenapa pula judi?" tanya saya lagi untuk dapatkan penjelasan.

"Yelah, dia iklan lain .. pastu masuk duit dapat lain .. kita nak mainan yang dalam gambar tu ... tapi tak dapat .. jadi macam main untung nasib la abah .. judi sebab kena bayar...." jelas Along.

"Ye ke?" untuk kepastian sekali lagi.

"Betul abah .. ustazah cakap tu mesin judi kanak-kanak ..." kata Angah.

Dan sejak dari itu, ketiga-tiga anak saya sudah tidak meminta saya ke kedai India untuk beli mainan bola lagi. Mereka dah anggap ia mesin judi kanak-kanak ... dan ianya haram.
Mesin Judi Kanak-Kanak
Uhhh .. alhamdulillah. Selama ini saya cuba juga melarang mereka ... tapi tak makan saman. Dah jelas satu pembaziran ... daripada buang duit beli mainan yang belum tentu dapat walaupun 50 sen, kalau dah dikira banyak kali .. mau sampai puluh ringgit dihabiskan begitu sahaja. Mainan pula mainan kecil .. yang esok lusa entah ke mana ...

Nak rasa lagi rugi ialah apabila mainan yang dapat hari ini adalah sama dengan mainan yang dapat semalam ... RM1 habis begitu sahaja... itu kalau tong tu hanya kenakan 50 sen sekali pusing, kalau 2x50 sen untuk sekali pusing baru dapat bola mempunyai mainan tu .. uhhh ... RM2 habis begitu sahaja ..

Kan lebih baik beli terus di kedai mainan .. siap boleh pilih apa yang disukai dari mencuba nasib guna 50 sen untuk dapatkan apa yang mungkin tak dapat menerusi 'mesin judi' ini. Tak gitu?

Anak-anak saya dah berhenti dari main 'mesin judi' kanak-kanak ni. Walaupun ianya tidak nampak obvious tetapi bila kita fikir balik ... ada kebenaran kata-kata ustazah yang disampaikan kepada anak-anak saya tu.

Anak anda bagaimana?


{ 15 comments.. read them below or add one }

Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz October 31, 2015
saya sendiri pun terjebak masa kecik2 dulu. lain yg dipaparkan pd gambar, lain yang dpt.
cik oreo cik oreo October 31, 2015
masa sy kecik2 pon selalu main benda ni dgn abg. banyak jugak la membazir duit. huhu
PeRdU cINta PeRdU cINta October 31, 2015
PC tak pernah la HH..entah mungkin kalau pegi kedai baba dengan mama bagi duit tapi mesti pesan boleh beli makanan je..hehe..macam HH cakap..kalau nak mainan pegi kedai mainan pilih terus..murah pun tak apa..
SyamilaMohd SyamilaMohd October 31, 2015
kecil2 dah diajar berjudi...anak2 dulu suka juga...tapi biasa kalau keluar dengan abah ler...dengan ummi...tak boleh...tapi sekarang dorang dah faham kenapa tidak...sebab dah faham apa itu membazir.... :-)
titan titan November 01, 2015
dulu..memang kuat main gak benda ni.

haha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 02, 2015
Kan. Kecewa tak? Lepas tu mintak lagi kat mak abah .. huhuhu.. jenuhhh ooo ...
Mrs. A Mrs. A November 02, 2015
Anak Mrs. A yang Adik suka main benda ni.
Itulah bila ibu yang cakap depa tak ikut sangat.
Lepas ini Mrs. A nak minta tolong kat guru mengaji tolong nasihatkan.
kamil salleh kamil salleh November 02, 2015
Anak ambo ada juga beli benda ni tapi x kerap sangat. Bagi mereka mainan itu mudah rosak.
Lankapo Menulis Lankapo Menulis November 04, 2015
Anak aku pun sama, "Do u have 1 dollar, papa". Sibuk nak beli permainan kecik kecik tu.

Perasan tak anak kita lagi dengar cakap ustazah dia dari cakap kita hehe.
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad November 04, 2015
itulah, anak saya suka benar tp saya selalu tak bagi
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 04, 2015
Kalau anak-anak ikut je oklah tu .. takut yang susah nak dengar ni .. berbuih cakap .. hoho
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 04, 2015
Memang .. anak-anak saya lebih suka dgr apa yang ustaz, ustazah dan cikgu cakap ... :) mak pak cuma second opinion je
reezluv reezluv November 04, 2015
nasib le masa aku kecik-kecik dulu duk kat kampung
Etuza Etuza Etuza Etuza November 24, 2015
anak2 Etuza dahulu pandai ketagih ni ..tapi bila dah besar mula dah nak dekat ..katanya membazir ja..hehehe syukurlah dah pandai timbang tara

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.