Langkau ke kandungan utama

Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon

Langkah mudah untuk daftar sebagai affiliate Amazon. Sejak Nichify dilancarkan awal Oktober 2015, ramai rakan blogger yang ambil langkah proaktif untuk jana income online USD menerusi kedai online affiliate Amazon. Mana taknya, dengan pendaftaran percuma sebagai affiliate Amazon, anda boleh jual pelbagai produk dari Amazon secara online dengan mudah hanya dengan kedai online yang dibina menerusi Nichify.

Saya sejak dua menjak ni, banyak mempromosikan mengenai kedai online yang boleh siap dalam 5 minit ini. Dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ramai rakan saya yang telah mengambil pakej bina kedai online dengan Nichify ini. Saya sendiri sudah ada kedai online Amazon saya sendiri...hoho ...

Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon

Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon

Jika anda mahu jana income USD, maka peluang untuk buat dan bina kedai online menerusi Nichify adalah pilihan terbaik. Tawaran Nichify juga terhad, jadi .. seandainya anda dapatkan pakej ini sekarang, anda mungkin akan berasa selesa untuk jana income USD sebab tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai sistem Nichify ini.

Tawaran Nichify adalah terhad untuk 1000 orang sahaja. Dan pakej ini sudah memasuki minggu kedua promosi dengan harga pakej yang telah berubah. Jika anda lambat, harga pakej untuk setup kedai online anda sendiri menerusi produk-produk terbaik dari Amazon mungkin tidak akan diperoleh lagi dengan diskaun.

Saya Dah Ada .. Anda?

Huhu .. kedai online Amazing Smartphone Deals di bawah ini saya bina dalam masa 5 minit sahaja ... saya hanya gunakan id Amazon dan sistem Nichify masukkan produk-produk berkaitan Smartphone terus ke kedai online saya .. best sungguh!
Kedai online Amazon menggunakan Sistem Nichify

Ok. Berbalik pada tajuk.

Bagaimana Nak Daftar Sebagai Affiliate Amazon?

Bagaimana nak daftar affiliate Amazon? Untuk daftar affiliate Amazon, anda hanya memerlukan lebih kurang 10 minit sahaja untuk mengisi borang permohonan online selain mengesahkan maklumat betul menerusi telefon.
  • Langkah 1 - Pergi ke laman web pendaftaran affiliate Amazon di sini - https://affiliate-program.amazon.com/
  • Langkah 2 - Klik Join Now for Free yang terdapat di laman web tersebut.
  • Langkah 3 - Isi butiran dan maklumat peribadi anda, termasuk nombor telefon.
  • Langkah 4 - Sahkan informasi anda betul dengan memasukkan kod yang dihantar menerusi telefon anda.
  • Langkah 5 - Sahkan pendaftaran menerusi email yang dihantar.
Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon
Cara bina kedai online Amazon menerusi Nichify
Siap.

Selepas itu, anda akan dapat akses kepada pelbagai produk di Amazon yang boleh anda jual secara online. Anda tidak perlu modal, tidak perlu simpan barang, tidak perlu kedai fizikal, dan tidak perlu uruskan penghantaran barang pun. Komisen yang bakal anda terima adalah sehingga 10 peratus harga barang seperti di bawah:
Komisen affiliate Amazon
Apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan produk-produk yang ada dijual dalam Amazon. Setiap barangan dan produk yang terjual akan memberikan anda komisen setinggi 10% dalam USD. Bayangkan jika kedai online anda mendapat perhatian ramai, apatah lagi dibina dengan penuh profesional menerusi sistem Nichify.

Menerusi Nichify, produk-produk yang dijual menerusi Amazon akan tersedia secara automatik dan mudah. Hanya dengan menggunakan id affiliate Amazon anda, sistem Nichify akan bina satu direktori produk-produk termasuk sekali  shopping-cart untuk pelanggan anda beli belah di kedai online anda.

Anda boleh jual pakaian, barangan elektronik, buku terlaris dan best-sellers, jual telefon pintar, jual gajet dan macam-macam menerusi sistem Nichify dengan affiliate Amazon.

Anda hanya perlu 4 langkah berikut untuk jana income USD dari Amazon menerusi sistem Nichify:
  1. Daftar affiliate Amazon (abaikan jika dah daftar).
  2. Daftar Nichify dan pilih pakej sistem yang ada.
  3. Masukkan id affiliate Amazon dalam sistem Nichify.
  4. Pilih kategori produk untuk anda masukkan produk-produk dalam kedai online Nichify anda. Semua deskripsi, gambar, info dan harga produk akan dimasukkan secara automatik termasuklah tawaran diskaun yang ada!
Dan kemudiannya kemaskini paparan produk serta deskripsi untuk tujuan SEO dengan sistem yang telah tersedia bina dalam Nichify. Kemudian, untuk percepatkan proses penjenamaan kedai online anda, promosinya segera menggunakan Google Webmaster Tools, banner iklan dalam blog lain, atau di mana-mana platform pengiklanan samada percuma atau berbayar.

Berminat Nak Tahu? Tontonlah Video Percuma ...

Seandainya anda berminat nak tahu lagi mengenai Nichify dan bagaimana langkah mudah daftar affiliate Amazon boleh memberikan anda income sampingan dalam USD yang lumayan, saya jemput tonton video percuma yang ada disediakan di pautan di bawah ini.

[Tawaran Nichify] Dapatkan sistem Nichify untuk bina kedai online Amazon dalam masa 5 minit sahaja. (klik)

Jangan risau, sistem Nichify amat mudah, malah untuk newbie ... dan terdapat panduan disediakan dengan lengkap dalam Bahasa Melayu turut disediakan. Jadilah antara 1000 rakyat Malaysia terawal mempunyai kedai online Amazon sendiri, dan jana income USD sampingan automatik menerusi kedai online anda.

Sekiranya link untuk belian sistem telah ditutup, anda masih boleh akses menerusi pautan di bawah ini:

1- Pakej LITE Nichify - http://bit.do/nichifylite (untuk newbie)
2- Pakej STANDARD Nichify - http://bit.do/nichifystandard (untuk usahawan online)
3- Pakej PRO Nichify - http://bit.do/nichifyPRO (untuk usahawan online berfikiran jauh dan mahu jana income USD berterusan )

Link di atas hanya sah sehingga 30 November 2015, jadi pastikan kali ini anda bertindak sebelum semuanya sudah terlambat!





Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …