Keputusan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Keputusan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah, adalah dimaklumkan terdapat beberapa perubahan kecil terutama mengenai tarikh dan masa pemilihan pemenang kontest. Berpandukan kepada syarat asal kontest, saya sepatutnya memilih pemenang kategori SEO pada jam 00:00 1 Oktober 2015.

Namun, atas faktor kesihatan yang kurang baik, saya terpaksa tunda dan mengguna-pakai tarikh dan masa yang baru untuk pemilihan pemenang kategori SEO Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini.

Seperti ditetapkan sebelum ini, saya akan menggunakan Crome Incognito dan carian SERP di Google Malaysia (www.google.com.my) untuk menentukan posisi entri peserta yang berjaya menguasai kata kunci Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Peserta yang berjaya menjadikan entri kontest milik mereka berada di top enjin carian akan dianggap sebagai pemenang 1, 2, 3 dan seterusnya.

Keputusan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Tarikh dan masa baru yang telah saya tetapkan untuk memilih pemenang kontest ini bagi kategori SEO (Search Engine Optimization) adalah pada 1 Oktober 2015 jam 20:00 waktu Malaysia. Saya harap semua peserta menerima ketetapan baru pemilihan ini.
Keputusan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Saya selaku penganjur ingin memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa menunda masa pemilihan pemenang kategori SEO. Kesihatan yang kurang baik sejak dua menjak ini membataskan masa saya. Ianya tidak dijangka. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah S.W.T terhadap saya, dan saya memohon agar semua peserta yang telah mengambil-bahagian dapat menerima dengan baik ketetapan baru ini.

In Sha Allah, saya akan pilih pemenang pada jam 20:00 waktu Malaysia, 1 Oktober 2015 untuk kategori SEO. Dan untuk kategori entri atau artikel terbaik, saya akan umumkan paling cepat dalam masa 7 hari dari tarikh akhir kontest berlangsung.

Untuk info, sebanyak 30 blog telah mengambil bahagian di dalam kontest ini. Senarai peserta berserta URL/link entri penyertaan telahpun saya terbitkan dalam satu post di sini - Senarai Peserta Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Semua peserta telah menyediakan artikel yang cukup baik, mempromosikan produk telekung eksklusif keluaran Reehans Telekung. Ia sedikit sebanyak telah berjaya memberikan impak dalam enjin carian untuk beberapa variasi keyword antaranya - telekung muslimah eksklusif, telekung pilihan muslimah, telekung cantik untuk muslimah, dan beberapa lagi.

UPDATE - Keputusan Penuh

Tahniah kepada semua para pemenang kategori SEO.
  1. #1 - http://www.bloggerlelaki.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html - RM400
  2. #2 - http://murnimohdyusof.blogspot.my/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html - RM200
  3. #3 - http://nad-lifeisfun.blogspot.my/2015/09/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html - RM150
  4. #4 - http://www.anakulucheka.com/telekung-reehans-pilihan-muslimah/ - RM100
  5. #5 - http://www.hajarshikin.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html - RM50
Saya akan menghubungi para pemenang dalam masa terdekat untuk urusan kemasukan wang hadiah.

Terima kasih kepada para penaja yang telah memberikan sokongan untuk menjayakan kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Dan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menjayakan kontest ini bagi merebut peluang menang hadiah wang tunai yang disediakan.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur