Kadar Baru Tol Lebuhraya Mulai 15 Oktober 2015

Kadar Baru Tol Lebuhraya Mulai 15 Oktober 2015. Nampaknya tahun 2015 tahun yang agak perit bagi rakyat Malaysia. Selain daripada masalah hutang negara, nilai ringgit yang tidak memberangsangkan, masalah jerebu dan kenaikan harga barang disebabkan GST; rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa kadar tol bagi lebuhraya di Malaysia akan dinaikkan mulai 15 Oktober 2015.

Beberapa syarikat konsesi lebuhraya Malaysia telahpun mengumumkan mengenai kenaikan kadar tol ini bermula 12 Oktober 2015. Malah, ia diumumkan dan dipaparkan di beberapa 'booth' tol sekitar Lembah Klang.
Kadar Baru Tol Lebuhraya Mulai 15 Oktober 2015

Kadar Tol Baru Lebuhraya Mulai 15 Oktober 2015

Antara lebuhraya yang akan terbabit dengan kenaikan ini termasuklah DUKE, Latar, NPE, MEX, Guthrie, Grand Saga dan Lekas; malah saya diberitahu hampir kesemua pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia akan mengumumkan kadar tol baru, yang akan berkuat-kuasa 15 Oktober 2015. Kenaikan ini dijangka di antara 30 sen sehingga RM1 mengikut kelas kenderaan.

Kadar Baru Tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Bhd, mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang akan dikuatkuasakan mulai Khamis ini. Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di Plaza Tol Gombak kini menjadi RM6 berbanding RM5 sebelumnya. Manakala di Plaza Tol Bentong RM3.50 daripada RM3 sekarang.

Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) pula menjadi RM12 di Plaza Tol Gombak dan RM7 di Bentong. Sementara kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM18 di Plaza Tol Gombak dan RM10.50 di Plaza Tol Bentong. Bagi teksi pula RM3 di Plaza Tol Gombak dan RM1.80 di Plaza Tol Bentong, manakala bagi bas pula RM5 di Plaza Tol Gombak dan RM3 di Plaza Tol Bentong.

Kadar Baru Tol Lebuhraya SILK

Turut mengumumkan kenaikan ialah lebuhraya SILK.
Kadar Baru Tol Lebuhraya SILK Mulai 15 Oktober 2015

Kadar Baru Tol AKLEH, GCE, LKSA

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) seperti berikut:
  • AKLEH
    • Kenderaan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH - RM2.50
    • Kenderaan dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) - RM7.00
    • Kenderaan tiga gandar atau lebih (kecuali bas) - RM10.50
  • GCE - Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong
    • Kenderaan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas - RM1.90
    • Kenderaan dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) - RM3.80
    • Kenderan tiga gandar atau lebih (kecuali bas) - RM5.70 / RM10.50. 
  • LKSA - Plaza Tol Seri Muda
    • Kenderaan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas - RM1.70
    • Knderaan dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) - RM3.40
    • Kenderaan tiga gandar atau lebih (kecuali bas) - RM5.10. 
  • LKSA - Plaza Tol Alam Impian
    • Kenderaan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik - RM0.90
    • Kenderaan dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) - RM1.80
    • Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) - RM2.70 

Kadar Baru Tol Lebuhraya Jalan Duta - Ulu Kelang (DUKE)

Kadar Baru Tol Lebuhraya Jalan Duta - Ulu Kelang (DUKE) Oktober 2015
Secara amnya, kadar kenaikan baru tol lebuhraya di Malaysia mulai 15 Oktober 2015  adalah seperti berikut:
  • Lebuhraya MEX: Naik 20 sen sehingga RM3.00
  • Lebuhraya Kajang - Silk: Naik 40 sen sehingga RM2.40
  • Lebuhraya DUKE: Naik 30 sen sehingga RM1.00
  • Lebuhraya LDP: Naik 50 sen 
  • Lebuhraya Karak: Naik 30 sen sehingga RM3.00
  • Lebuhraya NPE: Naik 40 sen sehingga RM2.10

Kadar Tol PLUS

Walaubagaimanapun, kadar tol untuk semua lebuhraya kendalian PLUS Berhad (Projek Lebuhraya Utara-Selatan) kekal dengan kadar tol lama. Kali terakhir kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan disemak dan alami perubahan adalah pada tahun 2005.

Kadar tol ini melibatkan kesemua lebuhraya berikut:
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
  • Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang
Perkara ini telah dimaklumkan menerusi laman web PLUS Malaysia Berhad.