Kad kredit terkenal iaitu Diners Club International kini tidak boleh digunakan lagi di Malaysia. Menurut kenyataan daripada pihak Diners Club, segala perkhidmatan berkaitan Diners Club akan dihentikan mulai 30 Oktober 2015.

Perkhidmatan yang dimaksudkan termasuklah perkhidmatan ATM serta Cash Advanced. Malah, kad kredit Diners Club tidak lagi diterima di mana-mana stesen minyak serta pasaraya di Malaysia. Menerusi laman web Diners Club, perberhentian perkhidmatan kad kredit ini adalah selaras dengan langkah rasionalisasi syarikat antarabangsa itu di Malaysia.

Servis Kad Kredit Diners Club International Dihentikan di Malaysia Mulai 30 Oktober 2015

Diners Club International Henti Perkhidmatan di Malaysia
Semua pelanggan Diners Club tidak akan dapat menggunakan kad kredit mereka mulai 31 Oktober 2015. Manakala semua transaksi auto-biling seperti pembayaran bil telefon, bil Astro, bil internet serta insurans akan ditamatkan serta merta mulai 30 November 2015. Segala penembusan berkaitan kad kredit Diners Club juga mesti dilakukan sebelum 30 November 2015.

Walaubagaimanapun, penyata akan tetap dihantar ke alamat rumah selagi masih ada baki belum bayar dalam akaun kad kredit, sehinggalah pelanggan membuat full settlement.
Kad Kredit Diners Club Tidak Boleh Digunakan di Malaysia
Jadi, kepada anda yang mungkin menjadi pelanggan kepada Diners Club, harap dapat ambil maklum mengenai perkara ini dan tidak gelabah apabila tiba-tiba swipe .. kena reject .. huhuhu...

Kongsikan info ini kepada mereka yang berkenaan.

Untuk lebih lanjut, boleh rujuk laman web Diners Club International Malaysia.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.