Jadual Perjalanan KTM Komuter Seremban-Gemas

Jadual Perjalanan KTM Komuter Seremban-Gemas. Mulai 10 Oktober 2015, pihak KTM akan melancarkan satu servis atau perkhidmatan terbaru KTM Komuter iaitu dari Seremban ke Gemas. Perkhidmatan ini adalah kesinambungan perkhidmatan tren KTM Komuter Sektor Utara (Kamunting-Gurun) yang telah beroperasi sejak 11 September 2015.

Saya kongsikan beberapa info penting mengenai perkhidmatan terbaru tren Komuter Seremban - Gemas - Seremban ini untuk pengetahuan anda, ini termasukalah jadual perjalanan KTM Komuter Sektor Selatan ini, beserta stesen-stesen yang terlibat dalam perkhidmatan ini.

Jadual Perjalanan KTM Komuter Seremban-Gemas

Jadual Perjalanan KTM Komuter Seremban-Gemas
Perkhidmatan tren KTM Komuter Sektor Selatan ini akan melibatkan stesen Seremban, Senawang, Sungai Gadut, Rembau, Tampin, Batang Melaka dan Gemas. Sebanyak 55 perkhidmatan tren Komuter disediakan bagi perjalanan dari Seremban ke Tampin, dan sebanyak 4 perkhidmatan tren Komuter disediakan untuk perjalanan dari Seremban ke Gemas setiap hari.

Jadual perjalanan KTM Komuter untuk destinasi sektor selatan dipaparkan seperti di bawah ini. Untuk paparan lebih jelas, anda boleh klik pada imej jadual perjalanan yang disediakan.
Jadual Perjalanan KTM Komuter Seremban-Gemas
Jika sukar untuk melihat jadual perjalanan ini di komputer atau peranti mudah-alih anda, boleh muat turun info berkaitan jadual perjalanan KTM Komputer Seremban-Gemas ini di pautan berikut - Jadual Komuter Sektor Selatan (PDF)

Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.