Langkau ke kandungan utama

Jana Income USD Menerusi Blog

Income USD menerusi blog? Yeap, blog boleh menjadi lubuk jana income online yang best. Kemampuan sesebuah blog adalah tanpa sempadan. Jika anda ada ilmu blogging yang bagus, in Sha Allah, blog boleh menjadi sumber income yang agak baik, malah ada yang menjadikan penulis blog sebagai kerjaya tetap, melakukan kerja ini hanya dari rumah.

Ramai blogger Malaysia yang sudah sedia maklum bahawa medium pengiklanan seperti Adsense antara medium pengiklanan yang membayar dalam USD. Adsense adalah jauh lebih baik daripada Nuffnang dan medium pengiklanan blog yang lain. Ada blogger yang berjaya menjana income sehingga USD1000 - USD3000 hanya menerusi blog setiap bulan.
Income USD Menerusi Blog

Income USD Menerusi Blog

Dalam keadaan semasa (2015) di mana nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) berada pada paras rendah iaitu 1USD bersamaan dengan USD4.28, maka income USD menerusi blog boleh dianggap sesuatu yang sangat lumayan. Jika anda berjaya menjana income sebanyak USD20 dalam sehari menerusi pengiklanan seperti Adsense, ini bermakna anda telah berjaya menjana pendapatan blog dalam sehari sebanyak RM84.

Dan paling best, anda hampir tidak perlu bekerja pun. Hanya perlu pastikan blog anda dikemaskini dan mendapat trafik yang baik - tidak kiralah samada menerusi enjin carian Google/Yahoo/Bing mahupun menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Tips Buat Duit Dengan Blog
Namun, bukan semua blog atau blogger berjaya memperoleh peluang untuk meletakkan iklan Adsense di dalam blog. Adsense amat strict .. malah jika anda telah berjaya mendapatkan akaun penuh Adsense, anda boleh dalam pada bila-bila masa akaun Adsense anda kena banned atau pun ditamatkan serta-merta.

Mahu jana wang dari Adsense menerusi blog mementingkan blog yang berkualiti tinggi dan mempunyai kandungan original terbaik. Blog yang menggunakan Adsense mesti dan wajib memastikan bahawa trafik blog perlu lebih 70% bersandarkan kepada carian Google.

Blog mestilah mudah dibaca dan difahami oleh pengunjung. Blog mesti kemas dan tersusun, mempunyai navigasi yang jelas dan perincian yang betul. Kandungan entri mestilah tidak terhalang oleh sebarang pop-up secara kerap (termasuklah pop up iklan dan juga facebook like).

Ada banyak lagi bahagian terma dan syarat yang ada di dalam Google Adsense yang tidak dapat saya huraikan, namun bersandarkan pengalaman saya .. seandainya anda telah mendapat peluang untuk meletakkan kod iklan Adsense, pastikan bahawa blog anda adalah pure content - dan ditulis dari jiwa blogger sebenar.

Alternatif Income USD Selain Adsense

Apapun, seandainya anda mahu menjana income USD menerusi blog - dan pada masa sama tidak berpeluang untuk letakkan Adsense di dalam blog, ada terdapat pilihan atau alternatif lain bagi menjana income blog dalam USD.

Antaranya ialah ...
  • H12 - Klik sini untuk daftar percuma.
  • Media White - Atas undangan
  • Geniee - Klik sini untuk daftar percuma
  • PopAds - Klik sini untuk daftar percuma
Anda juga boleh daftarkan blog anda di medium pengiklanan berikut ...
  • Innity
  • Komli
Semua medium pengiklanan di atas membayar dalam bentuk USD. Anda boleh cuba mana-mana satu ikut kesesuaian. Ia boleh menjadi alternatif untuk pengiklanan Nuffnang, malah ia lebih baik kerana membayar anda lebih ... iaitu dalam nilai USD.

Bukti bergambar yang saya tunjukkan dalam entri ini adalah merupakan income USD menerusi blog daripada salah satu platform pengiklanan alternatif (bukan Adsense). Walaupun tak banyak, tetapi sudah cukup baik untuk satu kerja yang anda hanya lakukan di rumah - dengan update blog dan tulis entri terkini.
Income USD Menerusi Blog
Apa yang saya kongsikan ini adalah alternatif untuk jana income USD menerusi blog dengan medium pengiklanan. Terdapat juga cara lain seperti affiliate produk luar negara dan juga pengiklanan berbentuk advertorial daripada syarikat antarabangsa.
[Baca] Ketahui banyak lagi cara jana income menerusi blog - Panduan Buat Duit Blog
Oh ya, bukan semua medium iklan ini sesuai dengan demografi dan budaya Malaysia, jadi fikir-fikir dahulu sebelum meletakkannya di dalam blog. Lihat pro dan kons, dan lihat juga samada anda boleh kawal jenis dan bentuk iklan di dalam blog.

Anda harus ingat, bukan semua iklan yang keluar di blog itu berikan kebaikan - walaupun ia memberikan income atau pendapatan. Kena tahu cara kawal dan memastikan apa yang diiklankan itu semua untuk pengunjung blog anda.

Semoga berjaya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…