Ada yang teringin nak tahu, berapakah jumlah income Adsense yang saya pernah peroleh ketika waktu mula blogging. Ok. Hari ini saya nak dedahkan kepada anda penyata akaun Adsense saya ketika awal-awal saya memperoleh akaun Adsense ini.

Jujurnya, ketika awal saya memperoleh akaun Adsense ini, income online yang saya peroleh tidaklah banyak. Malah, kalau anda tengok ... mesti rasa sadis je .. hahaha...

Income Adsense Waktu Mula Blogging

Sebab ramai yang nak tahu, maka saya kongsikan tanpa rasa segan silu.

Income Adsense Waktu Mula Blogging
Saya memperoleh akaun penuh Adsense pada sekitar bulan Mac 2007. Ketika itu, seingat sayalah ... saya menggunakan platform laman web percuma lycos/excite untuk membina sebuah laman web peribadi sendiri.

Kena Banned Beberapa Kali

Kemudian, saya temui blogger.com untuk menghasilkan sebuah web blog, yang ketika itu baru nak dikenali. Selepas itu, income Adsense saya semakin naik sehinggalah terjadinya insiden di mana blog yang telah saya bina dan mendapat trafik yang tinggi dikenakan tindakan banned oleh Adsense. Puncanya ialah ada duplicate content, dan juga kod yang saya pasang telah didakwa telah diubahsuai untuk meningkatkan income.

Pada ketika itu, Adsense baru sahaja update polisi berkaitan pengiklanan, dan tidak semena-mena, blog yang baru nak naik mendapat tempiasnya.

Namun begitu, akaun Adsense saya masih lagi boleh digunakan dan saya masih lagi ada beberapa blog lain yang paparkan iklan Adsense. Namun begitu, income daripada Adsense tidaklah memberangsangkan. Nak tak nak, kena terima hakikat dan mencari alternatif pengiklanan Adsense.
Buat duit blog dengan Adsense
Kisah turun naik banner iklan Adsense dalam blog saya dah ceritakan sebelum ini. Memang sukar nak menjaga akaun Adsense yang ketat syaratnya. Setiap kali saya bermasalah dengan Adsense, saya akan hubungi pihak Adsense untuk mencari jawapan. Alhamdulillah, setelah dua tiga kali kena banned, akhirnya masalah dengan Adsense selesai.

Hasil pengalaman inilah saya kongsikan beberapa tips berkaitan iklan Adsense supaya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Kini, akaun Adsense penuh hangat di pasaran online. Jika anda seorang yang bersih daripada sebarang tindakan oleh Adsense, anda mungkin boleh menjadikan servis menyediakan akaun Adsense penuh sebagai income tambahan yang lumayan.

Jual Sebuah Akaun Adsense - RM1000

Samada anda tahu atau tidak, ada blogger yang sanggup membayar sehingga RM1000 untuk sebuah akaun Adsense full yang berfungsi sepenuhnya! Best kan? Anda hanya perlu dapatkan sebuah akaun Adsense baru ... kemudian jual dengan harga yang tinggi.

Amacam? Kalau anda tak berjaya jana income online di blog menerusi Adsense, apakata cuba pendekatan kedua .. iaitu menjual akaun Adsense yang anda peroleh.... huhu..


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

pengalaman saya waktu guna adsense nie, mula2 memang susah nak kumpul cash out 100 USD, lama kelamaan bila kita dah tahu cara mcm mana nak guna sepenuhnya fungsi adsense barulah income makin bertambah dan boleh cash out selalu...tq for sharing HH

Reply

dari earning sikit menjadi bukit. dan kerana earning sikit tu lah membuatkan kita gigih nak tahu cara upkan earning.
ms mula2 mengenali nuffnang, sy hanya peroleh rm3.50 untuk tempoh 3 tahun pertama. bila dah mengenalinya, dlm 13 hari je dh blh jana rm1,714.50 (ada kempen2 yg blh buat kita raih earning lumayan)
sekarang sy pakai innity je. setia bersama innity. kalau dulu selalu mengharapkan kempen cpuv masuk, tp ada yg dpt ada yg x. tu yg x beznya.
teringin nak cuba google adsense tp aritu mohon x lepas

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.