Ada yang bertanyakan kepada saya, bagaimana nak setting iklan dalam blog hanya keluar jika pengunjung buka blog menggunakan peranti mudah alih sahaja. Contohnya jika baca blog dalam peranti seperti tablet, iklan pop-up takkan keluar; tapi kalau blog dibuka menggunakan komputer biasa (desktop) iklan tersebut akan muncul.

Ok. Memang ada cara untuk menghadkan iklan yang keluar di blog berdasarkan jenis peranti yang digunakan. Apa yang perlu anda buat ialah dengan memasukkan kod HTML jenis 'gate' atau 'conditonal tag' iaitu arahan yang menggunakan if - else dalam HTML blogspot anda.

Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile

Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile
Saya banyak menggunakan arahan ini dalam koding HTML blog saya, terutama sekali untuk hadkan jenis widget tertentu yang dipaparkan pada laman utama dengan laman post/entri. Ia menjadikan sesebuah blog itu nampak dinamik di mana paparan kelihatan berbeza dari satu page ke satu page yang lain. Anda boleh cuba cara ini bagi membolehkan blog anda kelihatan menarik dan tersendiri. Boleh baca di Cara Menjadikan Paparan Blog Lebih Dinamik Dengan Conditional Tags

Cara di bawah ini adalah bagaimana nak hadkan widget keluar mengikut jenis peranti. Ia juga boleh digunakan untuk hadkan iklan untuk hanya keluar seandainya pengunjung gunakan peranti mobile.

<b:if cond='data:blog.isMobileRequest == "true"'>
Skript atau HTML Iklan
    </b:if>

Kod HTML di atas memberitahu .. seandainya pengunjung buka blog secara mobile iaitu menggunakan peranti seperti iPhone, tablet atau telefon pintar .. maka iklan akan keluar. Jika tak mahu iklan keluar, setkan "true" menjadi "false". Ok?

Namun begitu, cara ini adalah terhad untuk blog yang menggunakan template custom sendiri terutama yang bersifat responsive, dan ianya tidak berfungsi secara optimal untuk blog-blog yang menggunakan template asas dari blogspot  (tersedia dalam dashboard blogspot).

Oh ya, lupa nak beritahu. Untuk menggunakan kod di atas ini, blogspot anda perlu nyahaktifkan paparan mobile secara auto di dashboard blogspot anda, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile
Semoga berjaya, jika ada apa-apa soalan, boleh tanya saya kemudian ... samada menerusi email, facebook atau whatsApp.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks HH... Good info. :)
    Sekarang ini kod html dah boleh terus tulis dalam entri tanpa sebarang error,maka tak perlu lagi guna kod perumah khas. Ianya dah semakin mudah! Cubalah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement