Ok. Memang ada cara untuk menghadkan iklan yang keluar di blog berdasarkan jenis peranti yang digunakan. Apa yang perlu anda buat ialah dengan memasukkan kod HTML jenis 'gate' atau 'conditonal tag' iaitu arahan yang menggunakan if - else dalam HTML blogspot anda.
Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile
Cara di bawah ini adalah bagaimana nak hadkan widget keluar mengikut jenis peranti. Ia juga boleh digunakan untuk hadkan iklan untuk hanya keluar seandainya pengunjung gunakan peranti mobile.
<b:if cond='data:blog.isMobileRequest == "true"'>
Skript atau HTML Iklan
</b:if>
Kod HTML di atas memberitahu .. seandainya pengunjung buka blog secara mobile iaitu menggunakan peranti seperti iPhone, tablet atau telefon pintar .. maka iklan akan keluar. Jika tak mahu iklan keluar, setkan "true" menjadi "false". Ok?
Namun begitu, cara ini adalah terhad untuk blog yang menggunakan template custom sendiri terutama yang bersifat responsive, dan ianya tidak berfungsi secara optimal untuk blog-blog yang menggunakan template asas dari blogspot (tersedia dalam dashboard blogspot).
Oh ya, lupa nak beritahu. Untuk menggunakan kod di atas ini, blogspot anda perlu nyahaktifkan paparan mobile secara auto di dashboard blogspot anda, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Thanks HH... Good info. :)
BalasPadamSekarang ini kod html dah boleh terus tulis dalam entri tanpa sebarang error,maka tak perlu lagi guna kod perumah khas. Ianya dah semakin mudah! Cubalah...
Ohh ye ke .. ok nak cuba
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.