Langkau ke kandungan utama

Harga Tiket ETS KTM Gemas-Butterworth-Padang Besar

Harga tiket ETS KTM Gemas-Butterworth-Padang Besar. Wahh .. sudah ada perkhidmatan KTM ETS dari arah selatan ke utara. Fuh, memang mudahlah nak pergi shopping di Padang Besar. Saya difahamkan bahawa sambutan sangat hebat telah diperoleh untuk perkhidmatan terbaru KTM ini. Tiket ETS KTM Gemas - Butterworth - Padang Besar selalu sahaja habis.

KTM telah mengorak langkah proaktif untuk tahun 2015 ini. Banyak servis terbaru telah diperkenalkan termasuklah perkhidmatan tren Komuter yang selama ini hanya dirasai di Lembah Klang sahaja. Terbaru, sudah ada perkhidmatan KTM Komuter sektor utara melibatkan perjalanan dari Kamunting ke Gurun.

Harga Tiket ETS KTM Gemas-Butterworth-Padang Besar

Saya kongsikan untuk kesekian kalinya, harga tiket terkini beserta jadual perjalanan terbaru perkhidmatan ETS KTM untuk perjalanan dari Gemas-Butterworth-Padang Besar.
Harga Tiket ETS KTM Gemas-Butterworth-Padang Besar

Harga tiket untuk perjalanan terus dari Gemas ke Padang Besar ialah RM102.00, manakala harga tambah ETS KTM dari Gemas ke Butterworth ialah RM83.00, dan dari Butterworth ke Padang Besar hanyalah RM29.00.

Jadual lengkap perkhidmatan ETS adalah seperti di bawah.
Jadual Perjalanan KTM ETS Terkini 10 Oktober 2015
Update - Boleh semak jadual terkini di sini - Jadual Perjalanan Tren ETS Mulai Januari 2016

KTM Komuter Sektor Selatan

Selain daripada perkhidmatan ETS Gemas ke Padang Besar, KTM juga akan memulakan perkhidmatan KTM Komuter sektor selatan mulai 10 Oktober 2015; yang juga melibatkan hentian Gemas. KTM Komuter sektor selatan ini melibatkan stesen Seremban - Tampin - Gemas.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…