Google Adsense: We Recently Sent You A Payment

Google Adsense: We Recently Sent You A Payment. Setiap bulan inilah email yang saya sangat suka terima. Email daripada Google Adsense. Setiap 21-23hb setiap bulan, blogger yang mempunyai akaun Adsense penuh akan menerima satu email dengan tajuk ... 'Google Adsense: We recently sent you a payment' dari Google Billing.

Agak-agak anda, email yang saya terima ini sudah kali keberapa agaknya daripada Google Adsense? Huhuhu ..  ok. Ramai yang akan sangka, saya sudah berpuluh kali menerima email berkaitan penerimaan pembayaran daripada Google Adsense ini, tapi sebenarnya ... belum pun sampai 50 kali.

Google Adsense: We Recently Sent You A Payment

Google Adsense: We Recently Sent You A Payment
Jika tahun-tahun sebelum ini pembayaran oleh Adsense mengikut tetapan had yang ditetapkan, tetapi sekarang pembayaran dibuat ikut bulanan seandainya ia melepasi had default sebanyak USD100. Jika dulu, seandainya jumlah income capai sahaja USD100, pihak Adsense akan segera hantarkan cek ke alamat rumah. Namun, sejak perlaksanaan sistem cukai yang lebih sistematik di sesetengah negara, pihak Google Adsense telah menyediakan satu kemudahan di mana ia mengeluarkan penyata setiap sebulan.

Dibayar Setiap 21-23hb

Memang seronok apabila mendapat email setiap 21-23hb daripada Adsense. Dan dalam masa kurang dari 72jam, anda akan terima wang pembayaran tersebut ke dalam akaun bank.

Alhamdulillah. Sekarang dah sangat mudah untuk terima income online dari Adsense jika dibandingkan dari zaman awal saya ada akaun Adsense ini.

Saya pernah merasa menunggu cek Adsense saya clear hampir 3 bulan lamanya. Dan saya juga pernah merasa bagaimana susahnya nak tunaikan atau dapatkan duit Adsense menerusi Western Union. Semua pengalaman mengenai pengeluaran duit Adsense ini ada saya ceritakan panjang lebar dalam blog saya ini.

Terima Email Tanda Pembayaran Sedang Diproses

Apabila dah terima email dari Adsense, ini bermaksud bahawa pembayaran income Adsense sedang diproses, dan seperti saya katakan di awal tadi, ianya paling tidak akan mengambil masa sekurang-kurangnya 72jam untuk melihat nilai USD yang telah ditukarkan ke dalam MYR dalam akaun bank. Jika tukaran matawang USD ke MYR adalah tinggi, maka banyaklah yang akan anda dapat. Jadi, ianya tidak tetap.
Penyata Maybank Berkaitan Adsense
Saya menggunakan akaun bank Maybank untuk proses pengeluaran wang income Adsense ini. Dan apabila proses kemasukan income ini selesai, pihak Maybank akan menghantar satu invois atau surat pemberitahuan mengenai butiran transaksi. Dalam butiran transaksi tersebut, akan dinyatakan jumlah sebenar dalam USD yang anda terima dari Google, dan berapa nilai tukaran dan jumlah dalam MYR (Ringgit) yang telah dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Turut dinyatakan ialah jumlah caj untuk servis yang diberikan.

Jika anda seorang blogger mahu buat duit dalam USD, cubalah untuk dapatkan full account Adsense ini, dan dapatkan beberapa tips percuma Adsense daripada saya berkaitan cara untuk optimasi income Adsense.