Foto Kereta Pikap Proton

Foto dan gambar kereta pick-up Proton. Desas-desus mengenai Proton akan mengeluarkan kereta 4WD baru semakin hangat diperkatakan. Dalam perkembangan terkini, Proton telah mempertontonkan kereta konsep pikap (pick-up truck) tanpa kod model di Alami Proton Carnival 2015 di Kompleks Proton Centre of Excellence Complex (COE) di Shah Alam.

Ramai rakan blogger genre automotif telah kongsikan gambar dan foto kereta trak pikap Proton (konsep) ini. Memang nampak menarik dan mengujakan terutama kepada mereka yang berminat pada pacuan 4 roda (4WD).

Foto dan Gambar Kereta Pikap Proton

Walaupun masih dalam kondisi konsep, sedikit sebanyak menampakkan bahawa visi dan misi Proton untuk kembali menerajui pasaran automotif negara adalah jelas dan berobjektif; terutama dalam persaingan antarabangsa.

Menurut beberapa rakan blogger yang telah berkesempatan untuk melihat lebih dekat mengenai rekabentuk kereta pikap Proton ini; kereta konsep ini menggabungkan rekabentuk antara Ford Raptor, Proton Exora MPV, dan juga Ssyangyong Actyon.

Jom layan beberapa gambar dan foto kereta pikap Proton ini, yang masih lagi belum dimuktamadkan untuk pengeluaran. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa Proton mensasarkan segmen kereta ini sebagai kesinambungan atas kejayaan Jumbuck (Proton Arena) di luar negara.
Foto dan Gambar Kereta Pikap Proton
Foto dan Gambar Kereta Pikap Proton
Apapun kita berharap legasi kereta nasional Proton terus hidup dan gah mengharumkan nama negara di mata antarabangsa. Padamkan mentaliti sesetengah dari kita yang masih beranggapan bahawa Proton adalah kereta 'kelas kedua' dan kurang berkualiti.
Foto dan Gambar Kereta Pikap Proton

Kredit: Paultan.org dan Carlist.my