Langkau ke kandungan utama

Cara Kira Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mengikut Bajet 2016

Dalam Bajet 2016, Kerajaan ada mengumumkan bahawa semua kakitangan awam di Malaysia mendapat faedah pemindahan gaji yang bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred. Ini bermakna kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan menerima dua kenaikan gaji pada tahun 2016 dengan syarat cukup setahun. Ia merupakan berita baik untuk semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat.

Bukan itu sahaja, seramai 406 ribu kakitangan awam juga akan mendapat manfaat menerusi penambahbaikkan 252 skim perkhidmatan dalam kerajaan. Selain itu, dalam Bajet 2016 juga ada dinyatakan bahawa gaji terendah untuk perjawatan dalam perkhidmata awam adalah sebanyak RM1,200 sebulan, langkah ini akan memberikan faedah terbaik kepada 60 ribu penjawat awam. Manakala pencem minimum yang diterima oleh pesara dinaikkan menjadi RM950 sebulan.

Walaupun begitu, semua manfaat dan kelebihan ini hanya akan dirasai mulai 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 billion.

Contoh Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Mengikut Bajet 2016

Cara Kira Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mengikut Bajet 2016
Sekarang, mungkin menjadi tanda tanya bagaimanakah cara pengiraan gaji kakitangan awam setelah kerajaan umumkan faedah pemindahan gaji dalam Bajet 2016? Untuk itu, saya kongsikan beberapa contoh ringkas untuk mengetahui cara mengira kenaikan gaji tahunan kakitangan awam terlibat seperti dinyatakan dalam Bajet 2016.

Contoh Pengiraan Kenaikan Gaji Tahunan 2016 Kakitangan Awam

Petunjuk:
A - Gaji Asal, A1 - Gaji Baru Selepas Kenaikan Tahunan Semasa, A2 - Gaji Baru Selepas Kenaikan Gaji Tahunan Bajet 2016

Tarikh Pergerakan Gaji Pada 1 Januari 2016

Tarikh Gaji Gaji
31 Disember 2015A
1 Januari 2016A + K1 = A1
1 Julai 2016A1 + K2 = A2

Tarikh Pergerakan Gaji Pada 1 April 2016

Tarikh Gaji Gaji
31 Mac 2016A
1 April 2016A + K1 = A1
1 Julai 2016A1 + K2 = A2

Tarikh Pergerakan Gaji Pada 1 Julai 2016

Tarikh Gaji Gaji
30 Jun 2016A
1 Julai 2016A + K1 = A1
1 Julai 2016A1 + K2 = A2

Tarikh Pergerakan Gaji Pada 1 November 2016

Tarikh Gaji Gaji
31 Jun 2016A
1 Julai 2016A + K2 = A2
1 November 2016A2 + K1 = A1



Tak berapa nak jelas? Ok, saya lampirkan satu contoh mudah bersandarkan kepada gred gaji untuk jawatan tertentu untuk nampak jelas akan pengiraan yang dibuat. Anggap tahun 2013 merupakan tahun semasa (2015). Abaikan juga catatan yang disertakan.

Contoh Cara Kira Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mengikut Bajet 2016
Saya harap artikel ini jelas menunjukkan cara kira kenaikan gaji kakitangan awam untuk tahun 2016, selepas diumumkan terdapatnya faedah pemindahan gaji sebanyak 1 tahun kenaikan bermula 1 Julai 2016.

Simple math je. Dan ianya tidak tertakluk pada sebarang syarat (buat masa ini) iaitu tempoh perkhidmatan, bermakna semua kakitangan awam akan mendapat manfaat ini walaupun baru masuk kerja pada 1 Jun 2016.

Semoga bermanfaat.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih bro HH perkongsian yang bermanfaat... nice.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya mereka yang cari info ini akan dapat manfaat tersebut

      Padam
  2. Alhamdulillah..terima kasih HH..perkongsian ini menjelaskan mana mana yang kurang pasti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, untuk isteri saya sebenarnya

      Padam
  3. Rasa rasa ada penyelarasan gaji tak? sebab rasanya tak adil yang baru berkhidmat dah langkau gaji beberapa tahun servis kakitangan yang senior

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kalau tgk daripada apa yang dibentangkan... rasanya dah cukup adil dah untuk semua, sebb smua orang dapat

      Padam
  4. Assalamualaikum tuan, sy wafi, n 17 ,seperti yg diumumkan gaji minima pnjawat awam akan naik kepada 1200, skrg ni gaji saya basic 1023, pergerakan gaji tahunan sy adalah pada bln apr , soalan:
    1.Adakah kenaikan basic 1200 akan diterima pada jan atau april?
    2. Berapa gaji sy nanti pada 1 julai 16?
    Mnta tlong tuan kirakan, sy tak tahu dan agak konpius...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penetapan gaji minima RM1,200 akan dimulakan pada 1 julai 2016. Jadi, sebelum tarikh tersebut, sebarang perubahan pada tangga gaji adalah kekal.

      Gaji asas minima akan ditetapkan terus ke RM1200 pada 1 julai 2016, jadi akan ada formula lain untuk pengiraan tersebut.

      Secara amnya, tangga gaji akan naik mengikut peratus.

      Padam
  5. Pada pendapat saya pengiraan di atas tidak mencerminkan yang sebenar....ini kerana....jika dilihat pada kenyataan bajet 2016.....gaji minimum penjawat awam adalah RM1200.00 sedangkan pada situasi sekarang gaji minimum penjawat awam bagi gred N11 adalah RM802.00.

    untuk memenuhi kehendak bajet 2016.....perlu diselaraskan semua peringkat gaji terlebih dahulu berdasarkan kepada peratusan.....

    contoh

    Gred N11...RM802.00 kepada RM1200.00 maka peratusannya 49.6% iaitu dinaikkan gaji kepada RM398.00 jika awal tahun............

    sekiranya kenyataan RM1200.00 merujuk kepada bulan julai 2016 maka perkara berikut berlaku....

    Gred N11...RM802.00 kenaikan tahunan bulan Januari RM79.89 maka jumlah gaji Gred N11 adalah RM881.89. Untuk mencapai sasaran gaji minimum RM1200.00 maka peratusan kenaikan adalah 36.1% bersamaan kepada RM1200.29. (menepati kehendak Bajet 2016, gaji minimum RM1200.00).

    Persoalannya:

    1. Adakah peratusan tersebut dikira awal tahun atau bulan julai.
    2. Adakah peratusan tersebut kekal untuk semua gred
    3. Adakah kenaikan tahunan juga berubah sekiranya peratusan digunakan pada bulan julai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengiraan di atas tidak ambil kira gaji minima. Anda perlu dptkan gaji baru minima yg baru .. kemudian formula di atas boleh dilaksana.

      Padam
    2. tuan,

      kalau begitu bermakna pengiraan di atas hanya pengiraan biasa dan hanya kenaikan tahunan biasa pada permulaan dan bukan kenaikan berdasarkan kepada bajet 2016 yang menyatakan gaji minima RM1200.00 dan kenaikan gaji baru yang mungkin % kenaikan turut berubah...(mungkin)

      Padam
    3. Daripada info yang saya terima, gaji minima akan dikuat kuasa pada 1 julai 2016. Ini bermakna, sebarang kenaikan sebelum itu adalah tertakluk dengan gaji lama.

      Padam
  6. Assalamualaikum tuan, sy wafi, n 17 ,seperti yg diumumkan gaji minima pnjawat awam akan naik kepada 1200, skrg ni gaji saya basic 1023, pergerakan gaji tahunan sy adalah pada bln apr , soalan:
    1.Adakah kenaikan basic 1200 akan diterima pada jan atau april?
    2. Berapa gaji sy nanti pada 1 julai 16?
    Mnta tlong tuan kirakan, sy tak tahu dan agak konpius...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ikut kiraan
      pada april gaji akn dapat RM 1118.00
      pada 1 julai gaji rm1200.
      jika tak silap saya.
      jika perubahan minimum gaji n17 adalah rm1200.
      maaf jika salah..

      Padam
    2. 1023+95=1118 (apr)
      1118+95=1213 (julai)
      Gaji minimum 1200 tetapi pelaksanaannya tidak boleh kurang dr 1 kgt.

      Padam
  7. Selaku kakitangan kerajaan dlm perkhidatan Awam,kita amat bersyukur dan berterima kasih kpd PM kerana sentiasa prihatin dan mengabil berat terhadap keperluan semua rakyat/penduduk Malaysia.

    BalasPadam
  8. Suka orang kerja kerajaan dapat kenaikan macam ni.

    BalasPadam
  9. Pesara tidak dapat apa-apa penyelarasan pencenkah? Kami pun kena hidup dengan GST.

    BalasPadam
  10. Salam en sy ingin bertanya sdikit,gaji sy skrg,1121 kenaikan sy pada bulan 10, adkah sy akan dpt pnyelarasan gaji dahulu bru dpt kgt yg krajan bg pada julai,jika begitu tiada gunala kgt yg krajaan bg sdangkn pyelarasan gaji 1200.sy x dpt ap2 faedah mlalui kgt yg krajaan bg,tlg bg pneregan sikit yer,sy x brapa paham.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik akan terima penyelerasan gaji dahulu, pada julai ... selepas diselaraskan, kenaikan pula pada bulan 10 ikut gaji baru. Dia ikut turutan mana yang dulu ...

      Padam
  11. saya baru berkhidmat setahun dalam perkhidmatan awam.. kalau sekarang gaji sy rm928. tapi gaji minimum penjawat awam yang baru bermula rm1200. macam mana pengiraan sebenar? mohon bg bantuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunngu shingga kelulusan gaji minimum itu dibuat semasa 1 Julai 2016. Kemudian, akan ada pengiraan lain.

      Padam
  12. Semakan semula bajet pd 28jan.. Harap berita pelarasan julai tak terjejas..

    BalasPadam
  13. Sy dh berkhidmat selama setahun dlm sektor awam. Gaji skrg 933. kenaikan jan. Soalan saya gaji minimum 1200 tu tertakluk pd semua penjawat awam / penjawat awam yg dilantik selepas julai saja?

    BalasPadam
  14. Salam encik..sy w 17...basic sy skrng 1119.00 dan kenaikan gaji tahunan pd 1 julai..bagaimana cara pengiraan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda akan dapat dua kali tangga kenaikan pada bulan julai.

      Padam
  15. Org yg baru masuk dpt rm1200 bgmn dgn org yg dah lama bekerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akan ada penyelerasan yang sama.

      Padam
  16. bila pekeliling akan dikeluarkan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…