Betik Jantan Berbuah?

Betik jantan berbuah? Saya mulanya agak pelik bila mendapat tahu pokok betik di halaman rumah pak mertua saya mengeluarkan sebiji buah betik tunggal. Setahu sayalah, pokok betik jantan tidak mengeluarkan buah, jika berbunga, bunga betik jantan hanya layak dibuat ulam atau kerabu sahaja.

Ada orang tidak tahu bahawa pokok betik berjantina, malah mereka tidak dapat membezakan antara pokok betik jantan, dan pokok betik betina.

Betik Jantan Berbuah?

Secara kasarnya, anda boleh membezakan kedua-dua jenis pokok betik ini dengan melihat pada bunganya. Bunga pokok betik jantan selalunya memanjang bertangkai, berbeza dengan pokok betik betina yang pendek-pendek dan keluar dalam bentuk 'jambangan'.
Betik Jantan Berbuah?

Tetapi sekarang, ada jenis pokok betik yang boleh mengeluarkan kedua-dua jenis bunga ini, dikenali sebagai betik bunga hermafrodit. Kemungkinan besar, pokok betik di halaman rumah pak mertua saya di Parit, Perak adalah dari jenis ini; kerana adalah sangat jarang bunga jantan akan terhasil menjadi buah betik.

Betik Jantan Berbuah?

Bunga Betik Jantan Sebagi Ulam

Bunga betik jantan selalunya dibuat menjadi ulam-ulaman, atau kerabu. Hanya perlu celurkan bunga betik jantan ini, dan boleh dicampur dengan sambal kelapa atau sambal bilis sebagai hidangan. Menurut petua orang tua-tua, bunga betik jantan sangat baik untuk kesihatan bagi mereka yang ada masalah dengan darah tinggi. Samalah juga dengan pucuk betik yang boleh membantu pembetukkan sel darah. Jika anda terkena demam denggi, malaria atau mungkin cirit-birit, bolehlah makan ulam pucuk betik. Anda hanya perlu rebus pucuk betik ini, dan makan bersama sambal belacan dan nasi panas.

Bezakan Pokok Betik Ketika Anak Pokok

Salah satu cara lain untuk membezakan pokok betik betina dan jantan ialah ketika ia masih di peringkat anak pokok. Anda boleh lihat perbezaannya pada akar anak pokok betik. Betik jantan akarnya tunjang dan kurang serabut, berbeza dengan akar pokok betik betina yang banyak akar serabut.

Jadi, jika anda menyemai benih pokok betik, sebelum dipindahkan ke kawasan atau tanah yang sesuai, lihatlah pada akarnya. Ia mungkin akan bantu anda untuk memilih pokok betik betina atau jantan untuk ditanam. Sesetengah orang lebih suka tanam pokok betik betina sebab ia boleh mengeluarkan buah.

Buah betik pula banyak khasiat terutama untuk membantu fungsi usus untuk memudahkan pelawasan. Ia juga baik untuk kesihatan mata, selain tumbesaran anak-anak. Ia juga dipercayai membantu dalam proses menjarakkan mendapatkan anak (family-planning).

Tanamlah betik, ia adalah salah satu pohon herba yang sangat mudah ditanam, malah boleh ditanam di dalam pasu.