Berita gembira buat penerima BR1M. Pada tahun 2016, penerima-penerima BR1M akan menerima kenaikan sebanyak RM50. Menurut teks ucapan penuh #Bajet2016 oleh Perdana Menteri, mereka yang menjadi penerima BR1M akan menerima kenaikan wang pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM50.

Pembayaran BR1M 5.0 atau BR1M 2016 akan dilakukan mengikut tatacara sedia-ada iaitu pembayaran 3 kali setahun, dan akan bermula Januari 2016.

Bajet 2016 - Penerima BR1M Diberikan RM1000

Bajet 2016 - Penerima BR1M Diberikan RM1000
Ini bermakna, untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, penerima BR1M kategori ini akan menerima wang bantuan dari kerajaan ini sebanyak RM1,000. Manakala, bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima daripada RM750 menjadi ke RM800.
Untuk individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM400.

Kategori Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016

Dalam teks ucapan pembentangan Bajet 2016 juga menyatakan, satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000. Untuk golongan kategori baru BR1M ini, mereka akan menerima wang bantuan sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.
Kategori Penerima BR1M 2016

Bantuan Rakyat 1Malaysia ini telah mula diperkenalkan pada 2012. Sejak dari itu, ramai golongan sasaran di Malaysia telah mendapat manfaat.

Terima kasih kepada kerajaan, harapnya bantuan BR1M yang dinaikkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan penerima.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.