Langkau ke kandungan utama

Senarai IPTA dan Politeknik Premier Terkini 2015

Senarai IPTA dan Politeknik Premier terkini 2015. Ramai antara ibu bapa termasuklah juga pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang masih lagi tidak mengetahui mengenai senarai penuh Institusi Pengajian Tinggi Awam serta Politeknik Premier yang ada di Malaysia.

In Sha Allah, saya akan kongsikan senarai 20 IPTA dan 3 Politeknik Premier yang ada di Malaysia, yang didaftar dan diselia di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Senarai IPTA ini penting untuk diketahui seandainya mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi terutama untuk ijazah sarjana muda (Degree), ijazah sarjana (Master), dan doktor falsafah (Phd). Ada 20 IPTA yang menawarkan kemasukan untuk pengajian ke peringkat tinggi dalam pelbagai bidang dan jurusan. Dan turut disenaraikan ialah 3 buah Politeknik Premier

Senarai IPTA Politeknik Premier Terkini 2015


Senarai IPTA dan Politeknik Premier Terkini 2015
Berikut adalah senarai 20 IPTA terkini disertakan sekali dengan pautan laman web rasmi setiap IPTA tersebut.
  1. Universiti Malaya (UM) - http://www.um.edu.my
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - http://www.ukm.my/v6/
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM) - http://www.upm.edu.my
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - http://www.utm.my
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - http://www.iium.edu.my/
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) - http://www.uitm.edu.my/index.php/en
  7. Universiti Utara Malaysia (UUM) - http://www.uum.edu.my/index.php/en/?mobile=0
  8. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - http://www.upsi.edu.my/
  9. Universiti Malaysia Sabah (UMS) - http://www.ums.edu.my/v5/
  10. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - http://www.unimas.my/en/
  11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) -http://www.uthm.edu.my/v2/
  12. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - http://www.utem.edu.my/portal/
  13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - http://www.umt.edu.my/
  14. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - http://www.usim.edu.my/
  15. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - https://www.unisza.edu.my/index.php?lang=en
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - http://www.ump.edu.my/
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - http://www.unimap.edu.my/
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - http://www.umk.edu.my/index.php/en/
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - http://www.upnm.edu.my/
  20. Universiti Sains Malaysia (USM) - https://www.usm.my/index.php/ms/
Politeknik Premier adalah politeknik terpilih yang mempunyai kemasukan untuk program Ijazah (Degree). Senarai politeknik premier adalah seperti berikut.
  1. Politeknik Ungku Omar (PUO) - http://www.puo.edu.my/portalv4/index.php/ms/
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) - http://www.psa.edu.my/portal/index.php?lang=ms
  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) - http://www.pis.edu.my/
Untuk makluman, informasi berkaitan kemasukan dan pengambilan pelajar serta perjawatan turut disertakan di laman web setiap IPTA. Malah, untuk pengambilan pelajar baru, ada pautan khusus disediakan oleh IPTA berkenaan untuk menyemak keputusan kemasukan IPTA selain disediakan oleh pihak UPU.

USM merupakan satu-satunya IPTA yang mempunyai kelebihan untuk menguruskan kemasukan pelajar baru secara berasingan daripada IPT lain.

Semoga informasi ini dimanfaatkan.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…