Langkau ke kandungan utama

Semakan Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan IPTA Lepasan STPM

Semakan keputusan permohonan rayuan ke IPT untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf bagi sesi akademik 2015/2016 kini boleh dibuat secara online mulai 15 September 2015. Kepada mana-mana ibu bapa dan penjaga serta calon lepasan STPM yang berkenaan, anda bolehlah membuat semakan secara online menerusi portal Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.

Pemohon-pemohon boleh membuat semakan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad, serta memilih kategori kemasukan samada STPM atau SPM.

Semakan Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPT Lepasan STPM Sesi 2015/2016

Sila ke laman web berikut - https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/rayuan/index.php
Semakan Keputusan Permohonan IPT Lepasan STPM
Seandainya calon hadapi kesukaran untuk akses laman web di atas, calon boleh juga membuat semakan keputusan rayuan kemasukan ke IPTA menerusi laman-laman web di bawah ini:
  1. http://jpt.uum.edu.my/
  2. https://intake.utm.my/semakan/?menu=stpm_erayuan
  3. http://jpt.ums.edu.my/prasiswazahRayuan.aspx
  4. https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/indexstpm.jsp
Semakan menerusi SMS juga boleh dilakukan dengan mengikuti cara-cara di bawah ini. Semakan menerusi SMS boleh dilakukan sehingga 21 September 2015.
Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan IPTA Lepasan STPM 2015/2016

Kepada yang berjaya, diucapkan tahniah.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…