Selebriti dan Blogger Ainan Tasneem Sambung Master

Selebriti yang juga penyanyi serta blogger Ainan Tasneem sambung Master. Wahh hebat hebat ... selebriti yang terkenal menerusi lagu Hanya Padamu, 150 Juta serta Aku Suka Dia kini disahkan sambung belajar di UiTM Shah Alam mengikuti Master of Science in Applied Biology.

Bagus betul ada keinginan untuk sambung belajar dalam peringkat lebih tinggi ni. Saya respect betul dengan mereka yang ada iltizam seperti ini. Sebenarnya ramai je anak muda dewasa ini yang di sebalik kehidupan glamour memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mencari ilmu.

Selebriti dan Blogger Ainan Tasneem Sambung Master di UiTM

Selebriti Blogger Ainan Tasneem Sambung Master
Ainan Tasneem bukan sekadar seorang penyanyi yang dikenali menerusi YouTube sepertimana Najwa Latif, tetapi gadis ini juga merupakan seorang blogger. Dah agak lama Ainan Tasneem tak update blognya di Ainanona. Mungkin sibuk dengan dirinya sebagai seorang pelajar dan juga penyanyi.

Ilmu perlu dicari selagi ada daya, tidak kiralah siapa ada. Jika ada kesempatan serta peluang, boleh ikuti jejak langkah Ainan Tasneem yang sambung belajar Master ni.
Penyanyi dan Blogger Ainan Tasneem Sambung Master di Uitm Shah Alam
Penyanyi dan Blogger Ainan Tasneem Sambung Master di Uitm Shah Alam
Semoga dipermudahkan untuk Ainan Tasneem mengikuti pengajian di UiTM Shah Alam.

Untuk akhir post ini, layan sebuah video klip yang cukup menyentuh rasa ini, dari Ainan Tasneem, lagu bertajuk Luka. Ada banyak pengertian di dalam lagu ini, yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan pedoman.

Video Muzik Luka oleh Ainan Tasneem


p.s: Isteri saya juga dah sah menjadi pelajar Master di Universiti Malaysia ambik course berkaitan perubatan .. uhhh .. doakan yang baik untuk isteri saya ye.