Pertama Kali Income 8Share Kena Rejected

Nah ambik. Padan muka saya .... hahaha. Ini adalah kali pertama pihak 8Share reject atau tolak cash out daripada akaun saya. Memang tak ada rezekilah saya bersama 8Share. Tetapi dengan ChurpChurp, income saya alhamdulillah, semakin bertambah dari sehari ke sehari. 8Share kali ini agak strict untuk peroleh income menerusi Special yang disediakan untuk dikongsikan.

Cash out earning 8Share saya disekat kerana didapati telah melanggar Code of Honor 8Share yang menjadi teras untuk buat duit dengan betul menerusi 8Share ini. Dah lama saya dengan 8Share ni, sejak ia dikenali sebagai Says Youth Malaysia (kalau tak silap). Masa tu, memang 8Share ni baru sangat. Ini adalah kali pertama income 8Share saya yang tidak seberapa kena rejected... uhh sadis sungguh.

Income yang saya peroleh didapati diperoleh kerana melakukan fraud click. Itu adalah hasil siasatan pihak mereka.

Pertama Kali Income 8Share Kena Rejected

Pertama Kali Income 8Share Kena Rejected

Pertama Kali Income 8Share Kena Rejected

Income 8Share yang saya nak keluarkan tidaklah banyak mana, dalam RM67 sahaja. Saya dapat tahu ada rakan blogger yang memang buat duit dengan 8Share ni, sampai jangkau beratus-ratus ringgit setiap kali mereka nak cash-out setiap bulan. Perghhh .. memang hebat mereka ni.

Sebagai seorang yang ada rasa ingin tahu, saya pun email pada Yuna yang menguruskan pengeluaran akaun 8Share saya ni. Saya mahu tahu, apakah yang menyebabkan perkongsian Special 8Share saya dianggap sebagai fraud.

Ini jawapannya ...

"Hi there,

Pihak sekuriti kami reject cash out anda disebabkan oleh Specials di blog anda. Untuk pengetahuan anda, Specials kami hanya boleh di share di Facebook, Twitter dan Google+.

Jika anda baca Term of Use kami, kami juga ada maklumkan bahawa jika anda ingin share di mana-mana webpage yang lain, anda harus check dengan pihak kami dahulu."

Dan berikut adalah attachment yang diberikan kepada saya. Cuba anda baca, dan agak-agak kenapa income 8Share saya ditahan, dan dianggap terhasil menerusi fraud click?
Laman web dilarang kongsi 8Share
Dan sebabnya income 8Share saya dianggap sebagai terhasil dari fraud click ialah ...

"Untuk pengetahuan anda, sharing di side bar adalah against 8Share Code of Honour kami. Specials kami bukan iklan. 
Terima kasih" - Yuna 8Share.


Begitulah ceritanya....

Dan hari ini dapat lagi email dari Yuna. Mereka tak banned akaun 8Share saya, cuma akan deduct mana-mana klik yang difikirkan telah langgar terma syarat. Jadinya, saya masih boleh membuat cash out untuk baki yang ada.

Kepada sesiapa yang nak cuba jana income online menerusi 8Share ini, bolehlah daftar secara percuma di pautan berikut - Daftar 8Share

Manalah tahu, mungkin rezeki anda lebih baik daripada saya. Dan pastikan anda baca terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jadikan artikel ini sebagai rujukan anda .... semoga bermanfaat.