Lagu Cinta Terakhir W.A.R.I.S (featuring Ezad Exists) Penuh Pesanan Untuk Umat

Lagu terbaru dari W.A.R.I.S - Cinta Terakhir memang best. Dah dengar belum? Berkolaborasi bersama Ezad Exists, lagu Cinta Terakhir diubahsuai mengikut tempo yang lebih rancak, dengan sebahagian lirik dari Dua Insan Bercinta yang dipopularkan oleh lagenda rock wanita - Ella.

Lagu ini dicipta oleh DJ Fuzz dan lirik oleh W.A.R.I.S sendiri. Terbitan P&C MVM Production Sdn Bhd & MIXOLOGY

Lagu Cinta Terakhir Waris Penuh Pesanan Untuk Umat

Saya dapat tahu mengenai lagu baru ini apabila W.A.R.I.S jemput dengar lagu ni di YouTube.
Ok, meh layan lagu Cinta Terakhir ini. Saya sertakan sekali lirik lagu Cinta Terakhir supaya anda dapat faham mesej yang cuba disampaikan. Lirik yang padat dengan pesanan untuk umat.

Video Klip Lagu Cinta Terakhir - W.A.R.I.S featuring Ezad Exists

Lirik Lagu Cinta Terakhir - W.A.R.I.S featuring Ezad Exists

W.A.R.I.S
Wahai hati,
Dengarkan setiap bait kataku ini
Tak ku ketahui
Akhirnya ruang ini terisi
Dengar dengan teliti
Dan cuba kau fahami
Sampaikan penuh ikhlas, tanpa perasaan benci

Sepertimana kau anggap
Cerita ini dan cinta ini suci
Ia terlahir saat kita memberi
Kembalikan harta kepada pemilik yang berhak
Jangan sakiti sesiapa
Supaya yang lain tidak menyakiti kamu

Kau kan pasti bertemu Tuhan
Dihitung segala amalan
Tuhan telah mengharamkan
Segala-gala urusan yang pernah melibatkan
Unsur riba', haruslah dibatalkan

Mulai sekarang, waspadalah!
Tuk keselamatan bersama
Berjagalah dalam sekecil perkara
Kerna syaitan telah berputus asa menyesatkanmu
Dalam sebesar-besar perkara

Ezad
Chorus (2x):
Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Andaiku pergi dulu
Ku tinggalkan pesanannya

W.A.R.I.S
Sebagaimana kamu punya hak ke atas isteri kamu
Mereka juga punyai hak ke atas diri kamu
Berikan makanan dan pakaian yang diperlu
Kerna mereka adalah teman dan juga pembantu setiamu

Hak kamu ke atas mereka
Tidak membenarkancorang yang kamu tidak suka
masuk ke dalam rumah
Untuk mengelakkan zina
Usah rosakkan masjid yang telah kukuh dibina

Tidak perlu dikata tapi perlu dimengerti
Dan boleh menilai tapi tidak menghakimi
Kerna semua insan saudara
Kita semuanya sama kecuali atas amalan dan taqwa

Dan Ingatlah!
Maaf itu kemanusiaan, buat silap manusia
Dan tanpa kemaafan ianya sia-sia
Dan telah ku sampaikan, harap kau mendengar
Pesan akhir tentang cerita cinta sebenar

Semoga kita kan jadi (Ezad)
Menjadi seperti (W.A.R.I.S)
Seperti dua insan (Ezad)
Yang sedang dilamun (W.A.R.I.S)
Bercinta (Ezad)

Semoga ada manfaat lagu ini untuk mereka yang mendengarkannya. Terima kasih kepada W.A.R.I.S yang hantar direct mesej jemputan di Twitter.