Wah, murahnya perisian Kapersky Internet Security 2015 ni. Hanya RM30 je untuk Kapersky original. Rugi pula saya rasa bila dah terbeli activation key Kapersyky menerusi laman web Kapersky Online. Baru je beli beberapa hari lalu sebab antivirus ni yang saya gunakan dah nak expired pada 8 September 2015.

Activation key pun dah tersimpan dalam daftar, tunggu masa je nak dikemaskini dengan lesen yang baru. Masa saya beli tempoh hari, saya kena bayar RM 89.04 untuk renew lesen yang baru untuk Kapersky Internet Security 2015. Saya buat secara online di laman web Kapersky Malaysia.

Hanya RM30 - Murahnya Kapersky Internet Security 2015

Kapersky Internet Security 2015
Pastu, semasa tengah godek gambar-gambar lama untuk tulis artikel berkenaan Muzium 3D Made in Penang, saya terjumpalah gambar di bawah ini, yang saya snap masa pergi ke upacara konvokesyen USM 2014, bertemu dengan rakan blogger di sana. RM30 je untuk satu activation key original yang baru. Uhh ...
Kapersky Internet Security 2015
Baru saya tahu, ada activation key Kapersky yang dijual murah secara online. Ini mungkin sebab mereka beli secara bundle, hanya jual key activation sahaja. Kalau ikut harga pasaran, activation key Kapersky Internet Security 2015 ini dijual antara RM99-150 setiap satu, mengikut jumlah PC.

Kalau merujuk ke laman web Kapersky Malaysia, harga sebenar untuk Kapersky Internet Security 2015 untuk satu PC ialah RM99 seunit, ditambah dengan 6% GST, harga yang kena bayar adalah RM 104.94.
Kapersky Internet Security 2015
Tapi apa nak buat, dah gelabah sangat nak update, nak renew .. last-last rasa rugi dalam RM50 .... banyak tu beza.

Jadi, kepada anda yang mungkin nak cari activation key original, cubalah cari dulu secara online. Ada peniaga online yang jual benda-benda ni dengan harga yang murah. Bagaimana mereka boleh jual murah, anda boleh congak sendiri dari harga asal secara pukal, dan bandingkan dengan harga satu ....

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement