Langkau ke kandungan utama

Ebook Percuma Berkaitan Pelaburan Saham

Ebook 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur dalam Pasaran Saham. Saya baru sahaja muat turun sebuah ebook percuma bertajuk 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur dalam Pasaran Saham. Ia merupakan sebuah ebook hasil perkongsian daripada Mohd Asri Ahmad, seorang kontraktor dan juga pelabur saham bumiputera yang berjaya di Malaysia. Beliau berjaya buat duit beribu-ribu ringgit dengan mudah menerusi pelaburan saham dan telah menerbitkan banyak buku berkaitan pelaburan saham ini.

Ebook percuma yang telah saya muat turun ini mengandugi 28 halaman berilustrasi cantik. Ebook ini memberikan dan menghuraikan sebab untuk buat duit menerusi pelaburan saham. Malah ia ada juga mendedahkan beberapa tips serta teknik untuk memulakan pelaburan saham.

Ebook Percuma Berkaitan Pelaburan Saham

Ebook Percuma Berkaitan Pelaburan Saham

Siapa Mohd Asri? Penulis Ebook 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur dalam Pasaran Saham

Mohd Asri Ahmad bukanlah calang-calang orang, beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 18 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 14 tahun. Beliau juga merupakan seorang kontraktor Kelas-A dan merupakan anak didik kepada Pakar Pemasaran No. 1 Asia, iaitu Dr Azizan Osman.

Mohd Asri Ahmad berusia 39 tahun (2015) dan berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Kini beliau sedang menyiapkan tesis bagi Ijazah Kedoktoran Falsafah. Beliau juga merupakan Best-Selling Author untuk 4 buah buku : 
  1. Jejak Mentor Pelaburan Saham
  2. Mudahnya Pelaburan Saham
  3. Jom Melabur dengan Santai
  4. Melabur atau Melebur

Muat Turun Percuma Ebook 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur dalam Pasaran Saham
Mohd Asri Ahmad memberikan tawaran untuk muat turun percuma ebook 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur dalam Pasaran Saham sempena pelancaran Seminar Melabur atau Melebur yang bakal diadakan di beberapa lokasi terpilih di Malaysia.

Untuk muat turun ebook ini, dan mendapatkan ilmu percuma berkaitan pelaburan saham, anda boleh klik pautan di bawah ini.

[Download] http://klinikpelaburan.com/ebook/

Semoga ia boleh bawa manfaat kepada anda. 

Teknik Rahsia Pelaburan Saham



advertisement


Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …