Langkau ke kandungan utama

Butang Dislike Facebook Bakal Diperkenal

Satu isu yang sedang trending di Google, iaitu berkaitan butang dislike pada Facebook yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Menurut satu laporan berita online yang saya baca, pihak Facebook sedang dalam proses mengemaskini butang dislike pada Facebook.

Menurut laporan dari AFP, meletakkan butang dislike pada Facebook tidak semudah seperti yang disangkakan. Malah, ia lebih sukar jika dibandingkan dengan butang like.

Butang Dislike Facebook Bakal Diperkenal

Butang Dislike Facebook Bakal Diperkenal
Mark Zuckerberg, pengasas Facebook mengatakan - “We’ve been working on this for a while, actually. It’s surprisingly complicated to make,” ... “But we have an idea that we think we’re getting ready to test soon, and depending on how that goes, we’ll roll it out more broadly.”

Sebenarnya, memang telah terdapat permintaan yang sangat banyak dari warga pengguna Facebook untuk diadakan butang sedemikian. Adalah agak pelik, jika berita mengenai kehilangan, kematian atau tragedi diletakkan atau ditanda sebagai like, walhal ia satu perkara menyedihkan.

Sekian lama barulah pengasas Facebook mengambil kira permintaan ini.

Kenapa Facebook Sukar Meletakkan Butang Dislike?

Butang Dislike Facebook Bakal Diperkenal
Ada sebab kenapa dan mengapa. Cuba fikirkan.

Butang like adalah untuk sesuatu yang kita fikir bagus, baik, dan elok. Sesuatu status, gambar, video yang dimuatkan di Facebook, seandainya memberikan impak positif, ia akan ditanda like oleh pengguna Facebook. Ia memungkinkan apa yang dikongsikan itu menjadi viral di laman sosial terkenal sedunia itu.

Apa Fungsi Sebenar Dislike? Impaknya?

Tetapi bagaimana pula dengan fungi butang yang berlawanan dengan fungsi like ini? Cara ia memberikan impak masih menjadi tanda tanya. Ada yang mengatakan bahawa butang tersebut akan divariasikan dengan 'I'm Sorry', 'Support' atau 'Sympathy'; untuk disesuaikan dengan perkongsian yang dibuat.

Seandainya butang like Facebook membolehkan sesuatu status itu menjadi viral, bagaimana pula dengan butang seperti dislike? Adakah ia akan menyebabkan status seseorang itu ditenggelamkan atau mungkin dibuang? Banyak persoalan yang masih lagi rumit untuk difikirkan, dengan sebab itulah ia mengambil masa bertahun untuk Facebook memberikan respon terhadap permintaan jutaan pengguna Facebook yang mahukannya.

Apa pula kata anda?

Bagi saya, apa yang ada sekarang sudah memadai, cuma mungkin fungsi ia sebagai signal untuk diviralkan dibuang, dan cukup hanya dengan adanya fungsi share.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…